Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.lu.gur] | ݢلوݢور

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya beralur-alur kulitnya dan boleh dimakan), Garcinia atnoviridis; asam ~ asam keping; 2. = awan ~ alur (sbg ukiran);bergelugur mempunyai ukiran gelugur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.lu.gur] | ݢلوݢور

Definisi : 1 nama sj pokok atau buahnya (buahnya beralur-alur dan dpt dibuat asam), Garcinia spp.. 2 ukiran yg beralur-alur pd kaki meja dll. 3 lekuk atau alur memanjang pd aci (biasanya pd bahagian hujung) utk memungkinkan dua batang aci disambung dan berpusing serentak. bergelugur ada gelugurnya: Besi galvani ~ dijadikan bahan utk membuat bumbung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelugur

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Kena dengan asam rumbia;
Tuan menangis di pintu kubur,
     Rasa nak balik ke dunia.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
splinesgelugurKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlur pada aci atau jara untuk membolehkan aci dan jara berputar bersama-sama.
alpha hydroxycitric acidasid alfa hidroksisitrikHerbaPemiawaianSalah satu daripada sebatian terbitan daripada asid sitrik. Contohnya, daun dan buah asam gelugur (Garcinia atroviridis) yang mengandungi sebatian ini yang boleh membantu meningkatkan metabolisme dan penurunan berat badan.
citric acidasid sitrikHerbaPemiawaianAsid organik lemah yang berformula molekul C6H8O7 dan banyak terdapat dalam daun dan buah asam gelugur (Garcinia atroviridis). Sebatian ini merupakan pengawet semula jadi dan juga digunakan untuk menambahkan rasa asid (masam) kepada makanan dan minuman ringan.
xanthonexantonHerbaPemiawaianKumpulan sebatian fenolik dalam ekstrak herba dengan formula CO(C6H4)2O yang digunakan sebagai larvisid, bahan wangian dan farmaseutikal. Contohnya, ekstrak daun asam gelugur (Garcinia atroviridis) yang kaya dengan xanton.

Kembali ke atas