Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gema;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sweep delaytunda sapuanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKawalan litar elektronik pada alat ultrasonik gema denyut yang berfungsi untuk melaraskan pergerakan isyarat gema pada paksi mendatar. Pelarasan perlu dilakukan bagi tujuan tentukuran untuk membolehkan isyarat gema bergerak dari satu posisi ke satu posisi yang lain di atas skrin alat ultrasonik.
back echogema belakangTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGema yang terhasil apabila gelombang bunyi dipantulkan daripada permukaan belakang ke permukaan atas bahan uji.
echo versesajak gemaKesusasteraanPuisiPuisi yang mempunyai ciri khusus, iaitu bagi suku kata akhir barisnya disebut atau digemakan. Bunyi gema ini dapat dirasakan apabila puisi tersebut dideklamasikan.
echo soundbunyi gemaSains KesihatanTiadaPengulangan bunyi yang terhasil apabila gelombang bunyi dipantulkan dari permukaan yang sesuai.
echo sounderpemerum gemaSains MarinTiadaAlat yang digunakan untuk menentukan kedalaman air atau dasar laut dengan cara mengukur waktu yang diperlukan untuk suatu isyarat bunyi yang bergerak ke dasar dan kembali semula ke permukaan air.
pulse echo techniqueteknik gema denyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSalah satu teknik ujian ultrasonik yang menunjukkan amplitud denyutan dipaparkan pada layar peralatan ultrasonik. Paksi menegak menunjukkan amplitud isyarat, manakala paksi mendatar menunjukkan masa transit perjalanan bunyi dalam bahan. Sinonim teknik pantulan denyut. Lihat juga Imbas-A.
cross talkcakap silangTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGema yang terhasil disebabkan oleh pelanjaran atau penyambungan terus gelombang dari pemancar kepada penerima di permukaan prob hablur berkembar.
pulse reflection techniqueteknik pantulan denyutTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikLihat teknik gema denyut.
onomatopoeiatiru bunyiKesusasteraanPuisiBahasa kiasan yang diterapkan oleh penyair yang lazimnya dipadankan atau ditiru daripada sesuatu bunyi, suara, siulan atau gema yang dikeluarkan sama ada oleh manusia, binatang atau objek tertentu. Contohnya, puisi berjudul "Gakgakgak" Karya A. Ghafar Ibrahim. Sinonim ajukan, onomatopia. gagak-gagak bukan mau berlagak gagak-gagak jiwa mereka menggelegak hidupkan api api kehidupan segar nikmati sepi sepi yang tidak mati-mati gak ...
carpet graphicsgrafik permaidaniKesenianHiasan DalamanKepingan fabrik seragam yang sering digunakan sebagai penutup lantai. Selain itu digunakan juga untuk mengurangkan bunyi dan gema. Kepingan ini mempunyai pelbagai warna bagi membentuk mural di dinding.
12

Kembali ke atas