Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gén] | ݢين

Definisi : /gén/ sebahagian drpd juzuk sel pd sesuatu hidupan, yg mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan hidupan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regulatory genegen pengawal aturBioinformatikBioinformatik MolekulGen yang terlibat dalam kawal atur pengekspresan satu atau lebih gen-gen yang lain melalui tatacara penindas dan pengaktif. Gen ini mengawal atur pengeluaran protein melalui proses transkripsi gen dan membenarkan sel bertindakbalas dengan cepat kepada perubahan persekitaran.
gene networkrangkaian genBioinformatikBioinformatik MolekulInteraksi sesama gen dalam satu sel. Rangkaian gen diwakili sebagai gambar rajah yang terdiri daripada nod yang mewakili gen atau hasilan gen dan sisi yang mewakili hubungan berpasangan di antara gen-gen.
genome annotationanotasi genomBioinformatikBioinformatik MolekulProses mengenal pasti lokasi gen-gen dan semua kawasan pengekodan dalam genom serta mencirikan fungsi gen tersebut. Proses anotasi dilakukan selepas jujukan genom ditentukan.
genetic interaction mappingpemetaan interaksi genetikBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah yang digunakan untuk memaparkan hubungan di antara gen-gen dan interaksi fizikal di antara protein-protein secara sistematik. Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti fungsi sesuatu gen baru dengan melihat bagaimana perlakuan gen mempengaruhi fenotip.
heterogeneous expressionpengekspresan heterogenBioinformatikBioinformatik MolekulPengekspresan gen atau sebahagian daripada gen di dalam organisma perumah yang tidak mempunyai gen atau fragmen gen ini. Kemasukan gen ke dalam perumah ini dilakukan dengan teknologi DNA rekombinan.
gene predictionperamalan genBioinformatikBioinformatik MolekulProses pengenalpastian kawasan DNA genom yang mengekodkan gen seperti gen pengekodan protein, gen pengekodan bukan protein dan elemen pengawal atur.
autosomal genesgen autosomPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGen yang terletak di kromosom sel tubuh (somatik) dan bukan kromosom seks. Gen autosom dikategorikan sebagai gen autosom dominan dan autosom resesif. Contoh gen autosom dominan ialah lembu yang tidak bertanduk, manakala contoh gen autosom resesif ialah lembu yang bertanduk. Warna putih pada bulu kambing juga dikawal oleh gen autosom dominan. Gen autosom mempunyai kesan yang sama terhadap haiwan jantan atau betina.
genetic mappeta genetikBioinformatikBioinformatik MolekulPaparan maklumat yang menunjukkan susun atur lokasi sesuatu gen secara relatif pada kromosom. Lokasi gen pada kromosom dikenali sebagai lokus dan boleh digunakan sebagai penanda molekul untuk mencari jarak di antara gen-gen lain pada kromosom.
non protein coding gengen pengekodan bukan proteinBioinformatikBioinformatik MolekulGen yang mengekodkan RNA, terdiri daripada kombinasi tiga jujukan bes asid nukleik (bes Adenina, bes Sitosina, bes Guanina, bes Urasil) yang dikenali sebagai kodon.
gene producthasilan genBioinformatikBioinformatik MolekulBiomolekul seperti RNA dan protein yang terhasil daripada pengekspresan gen. Pengukuran jumlah produk gen ini kadang kala digunakan untuk menafsir keaktifan gen tersebut. Lihat juga ukuran pengekspresan gen.
12345678910...

Kembali ke atas