Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.nang] | ݢنڠ

Definisi : ; bergenang, menggenang, terge­nang tidak mengalir, bertakung (air), berlinang (air mata): air di sawah itu ~, tidak meresap masuk ke dlm bumi; air matanya mulai menggenang; perempuan itu mengesat air mata yg ~ itu; menggenangi menjadikan penuh berisi air, menjadikan tergenang, mengairi: airnya meluap ke luar tebing dan ~ daerah-daerah persawahan di sekitarnya; matanya digenangi air; kegenangan keadaan terendam atau ter­benam dlm air; penggenangan perihal atau perbuatan meng­genangi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.nang] | ݢنڠ

Definisi : ; bergenang tidak mengalir (ttg air dll); bertakung; berlinang (ttg air mata): Apabila mendengar cerita itu, air matanya ~ dan kemudian mengalir membasahi pipinya. menggenangi menjadikan penuh berisi air; menjadikan tergenang; mengairi: Air mata ~ kelopak matanya. tergenang dlm keadaan bergenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stagnant floodwaterbanjir genangAlam SekitarTiadaBanjir disebabkan air yang tidak surut melebihi sesuatu tempoh masa walaupun hujan sudah tidak turun lagi kerana tidak dapat mengalir ke kawasan lebih rendah disebabkan oleh faktor pasang surut laut, topografi ataupun saliran air yang tersumbat.
slack waterair genangSains MarinTiadaKeadaan air laut yang tenang apabila tiada atau terdapat hanya sedikit pergerakan semasa pertukaran air pasang surut.
slack tidepasang surut genangSains MarinTiadaTurun-naik aras air laut akibat kesan putaran bumi dan tarikan graviti bulan. Pasang surut ini berlaku di kawasan pantai dan muara sungai, lazimnya dua kali pasang dan dua kali surut sehari. Pada waktu air pasang, air laut tenang dan kadangkala mengalir ke hulu sungai sehingga 10 km. Pada waktu air surut, pinggir air jauh ke tengah laut.

Kembali ke atas