Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.nap] | ݢنڤ

Definisi : 1. cukup, penuh (tidak kurang), lengkap: setelah ~ lima puluh tahun umurnya ia pun meninggal; 2. tidak ganjil (angka 2, 4, 6, dsb): nombor rumah di sebelah kanan ~; dibilang ~, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugi; empat gasal, lima ~ prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya; masuk tak ~, keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan masyarakat; segenap seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat; menggenapi menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup): maka sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang makan juga ia, tiada dapat yg di bawah itu naik ~ dia; menggenapkan mencukupkan, melengkap­kan: perkara anjing patah dipukul itu hanyalah sebab utk ~ bilangan sahaja, ibarat bergantung sudah penuh;penggenap tambahan utk menggenapkan (melengkapkan), pelengkap; barang-barang ~ (Eko) barang-barang utk melengkapkan penggunaan barang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.nap] | ݢنڤ

Definisi : 1 tidak kurang sedikit pun; penuh; cukup: Umurnya sudah ~ 15 tahun. 2 dpt dibahagikan dgn 2 tanpa berlebih; tidak ganjil: Enam ialah angka ~. menggenapi menyebabkan genap; menambah supaya genap (cukup, penuh dsb): Dia ~ pasukan bola sepak sekolah kami kerana pemain yg sebenarnya telah cedera. menggenapkan 1 menjadikan atau menganggap genap (cukup dsb); memadakan; mencukupkan: Dia berusaha ~ gaji yg diterimanya setiap bulan. 2 menyebabkan sesuatu angka menjadi genap; memberikan tambahan kpd atau mengurangkan sesuatu angka ganjil supaya menjadi genap: Dia ~ nombor 5 dgn menambahkan 1 supaya menjadi 6. penggenap sesuatu (angka dll) yg ditambahkan utk menggenapkan (mencukupkan, melengkapkan dll). segenap tidak ada kecualinya; seluruh; setiap: Syarikat itu berkembang ke ~ daerah di Semenanjung Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genap

Puisi
 

Sirih kuning setangkai genap,
     Mari makan bulan puasa;
Putih kuning suara sedap,
     Taruh mari mainan mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Masuk tak genap,
     keluar tak ganjil.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharga dalam masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whole dollar premiumpremium dolar genapinsuransTiadaPremium yang digenapkan ke ringgit yang terdekat dan tidak dibawa kepada sen yang terdekat. Contoh: 51 sen atau lebih biasanya digenapkan kepada satu ringgit dan sebarang jumlah sen yang kurang daripada itu tidak diambil kira.
alphabet rhymerima berselangKesusasteraanPuisiBunyi suku kata akhir puisi yang barisnya genap dalam satu bait rima atau bunyi baris pertama sama dengan baris ketiga, manakala rima baris kedua sama dengan baris keempat. Susunan rimanya a b a b. Contohnya, pantun empat kerat di bawah. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas pe!i, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa ma.ti,
crossed rhymerima silangKesusasteraanPuisiRima akhir pada bait atau rangkap yang mempunyai baris genap seperti pantun empat kerat. Perkataan akhir dalam baris pertama rimanya sama dengan rima pada perkataan akhir baris ketiga. Seterusnya rima pada perkataan akhir dalam baris kedua sama dengan rima pada perkataan akhir dalam baris keempat ab a b. Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati.
pancake engineenjin bertentangKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin yang mempunyai dua baris silinder bertentangan dalam satah yang sama. Enjin ini biasanya dipasang secara mendatar dengan bilangan silinder yang genap seperti mendatar-4 dan mendatar-6.
medianmedianKimiaKimia AnalisisNilai tengah daripada keputusan analisis yang disusun mengikut kenaikan magnitud. Apabila bilangan data dalam set pengukuran ganjil, median didapati secara terus tetapi apabila bilangan genap median adalah purata pasangan di tengah.
nautical milebatu nautikaSains MarinTiadaUnit ukuran jarak yang didefinisikan sebagai ukuran tepat 1852 m. Mengikut sejarah, batu nautika ditakrifkan satu minit latitud yang bersamaan dengan satu per enam puluh (1/60) satu darjah latitud. Pada zaman ini, batu nautika merupakan unit SI, yang dibundarkan kepada nombor genap dalam unit meter dan kekal digunakan untuk pengemudian marin dan udara.

Kembali ke atas