Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.ne.ra.si] | ݢينراسي

Definisi : (génerasi) 1. kumpulan individu yg lahir pd waktu yg lebih kurang sama, angkatan: perbuatannya itu akan menjadi teladan kpd ~ yg akan datang; kalaulah begini keadaannya dlm dua atau tiga ~ lagi pun bangsa kita akan tetap mundur; ~ baru angkatan baru; 2. tahap atau peringkat kemajuan atau perkembangan: dgn kemajuan besar-besaran, kita telah melalui empat ~ komputer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.ne.ra.si] | ݢينراسي

Definisi : /génerasi/ 1 peringkat dlm sesuatu keturunan (keluarga). 2 masa (lebih kurang 30 tahun) dr seseorang itu dilahirkan, berkahwin dan mempunyai anak: Satu ~ yg lalu. 3 sekalian orang yg hidup dlm masa yg lebih kurang sama dan mereka juga lebih kurang sebaya atau seumur: ~ muda; ~ yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata generasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
filial generationgenerasi filial (F)BiologiGenetikGenerasi selepas generasi induk. Generasi filial pertama (F1) ialah generasi pertama anak berikutan generasi induk; generasi filial kedua (F2) ialah generasi kedua anak selepas generasi induk atau generasi hasil kacukan F1 sesama sendiri.
F1 generationgenerasi F1PenternakanGenetik dan PembiakbakaanGenerasi dalam kalangan genetik dan pembiakan. Generasi F1 atau Generasi pertama mewakili generasi filial pertama atau hibrid F1 bagi haiwan yang terhasil daripada pengawanan silang jenis ibu bapa yang tidak mempunyai pertalian.
F2 generationgenerasi F2PenternakanGenetik dan PembiakbakaanGenerasi dalam kalangan genetik dan pembiakan. Generasi F2 atau Generasi kedua mewakili generasi filial kedua atau hibrid F2 bagi haiwan yang terhasil daripada pengawanan antara induk F1.
snowflake generationgenerasi salju/generasi rapuhUmumTiadaGenerasi yang lahir pada atau selepas tahun 2010 yang dikatakan kurang berdaya tahan dan lebih cenderung untuk tersinggung berbanding generasi sebelumnya.
metagenesismetagenesisBiologiEkologiPerselangan generasi antara generasi seks dan aseks yang menunjukkan bahawa pembiakan seks telah ditunda. Misalnya, pada kebanyakkan selenterat, medusa atau individu seks tidak terhasil terus daripada telur, tetapi pada tunas yang gugur daripada hidroid atau fasa aseks yang mendahuluinya.
folklorecerita rakyatPelanconganTiadaCerita yang diturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain secara lisan atau bertulis.
mondelinge overlevering (Bld.)transmisi lisanKesusasteraanTiadaPenurunan sebuah cerita dari satu generasi ke generasi yang lain secara lisan.
balanced stockstok terseimbangBiologiGenetikStok genetik yang walaupun heterozigot boleh dipelihara daripada generasi ke generasi tanpa pemilihan. Misalnya, stok gen kemautan seimbang.
folktalecerita rakyatKesusasteraanTiadaCerita rekaan dalam sastera rakyat, berbentuk naratif, disampaikan secara lisan dari satu generasi ke generasi dan merupakan hasil peninggalan nenek moyang tanpa diketahui penciptanya
hereditykewarisanBiologiGenetikPerolehan ciri-ciri daripada ibu bapa, atau penurunan ciri-ciri genetik daripada satu generasi kepada generasi berikutnya,
12345678910...

Kembali ke atas