Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.ne.ra.tif] | ݢينراتيف

Definisi : (géneratif) 1. dapat menghasilkan sesuatu: kebolehan menggunakan pengetahuan ~ ini membolehkan pakar mengemukakan hipotesisnya tentang penyakit itu; 2. berkaitan dgn pembiakan: sel ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata generatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
generative contentkandungan generatifKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks sastera yang mengandungi isi penting yang dapat menjana perkembangan cerita atau dapat diperkembangkan dengan tujuan menyuburkan cerita tersebut. Kandungan generatif mungkin merupakan idea utama, motif yang berulang-ulang dalam naratif (leit-motif), atau imej yang mengawal keseluruhan tema. Dalam roman Melayu, tema percintaan merupakan isi generatif. Motif buangan merupakan leit-motif yang utama. Dalam teori morfologi Propp (1968), unsur plot yang disebut fungsi merupakan isi generatif dalam cerita pari-pari kerana unsur ini menjana perkembangan cerita seterusnya. Contohnya, fungsi penganiayaan atau kekurangan merupakan fungsi yang terawal dalam skema plot yang menjana perkembangan cerita sehingga ke akhirnya. Lihat juga fungsi.
ornamental contentkandungan hiasanKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif.
narrative grammarnahu naratifKesusasteraanTiadaSuatu urutan unsur naratif yang dihubungkait dengan hukum atau peraturan yang khusus untuk sesuatu kumpulan naratif yang tertentu. Nahu naratif mentertibkan penjanaan naratif melalui penggunaan hukum penerbitan naratif dari tahap dasar (struktur dalaman) ke tahap permukaan (struktur atas) atau tahap pelahiran ujaran. Konsep nahu naratif amat mirip dengan pemikiran struktural-linguistik. Konsep ini cuba menjelaskan aspek sintaks dan semantik sesebuah plot, dan unsur struktur dalaman naratif (struktur makro) dan pelahirannya. Konsep nahu naratif amat relevan untuk menjelaskan proses penjanaan atau kelahiran naratif dalam sastera rakyat atau lisan. Idea tentang nahu naratif ini pernah dikemukakan oleh Parry-Lord dalam teorinya tentang penjanaan naratif lisan yang disebut sebagai �Oral-Formulaic Theory�. Dalam teori Parry-Lord, nahu naratif disebut sebagai �Grammar of Poetry�. Berdasarkan teori Parry-Lord, seseorang pencerita tidak pernah menghafal keseluruhan teksnya secara verbatim, tetapi pencerita hanya mempunyai suatu skema atau rangka plot yang dirimbunkan tahap demi tahap melalui siratan tema, motif, formula dan alat stailistik. Dalam sastera lisan, penciptaan demikian disebut sebagai penciptaan skematik dengan gaya �Adding Style�. Seterusnya konsep nahu naratif dikembangkan oleh Colby dan Coles untuk menunjukkan tahap penjanaan cerita rakyat (mitos suku kaum Ixil). Berdasarkan analisisnya terhadap unit naratif yang disebutnya sebagai �Eidon�, Colby dan Coles merajahkan perkembangan tahap naratif daristruktur dalaman hingga ke tahap struktur permukaan (struktur ujaran), sama seperti penjanaan sebuah ayat dalam nahu generatif. Perkembangan cerita mengikut konsep skematik atau �Eidon� ini dapat dianalogikan dengan perkembangan sebuah ayat menurut Nahu Generatif Transformasi. Idea mahu generatif dalam linguistik ini amat berguna untuk menghuraikan penjanaan naratif dalam sastera lisan.
functionfungsiKesusasteraanTiadaAksi yang dilakukan oleh watak tertentu yang signifikan dengan perjalanan plot sesebuah cerita rakyat. Konsep fungsi diperkenalkan oleh V.Propp (1968) dalam kajiannya tentang cerita pari-pari dari Rusia. Dalam analisis plot yang dilakukan terhadap 100 buah cerita pari-pari tersebut. Propp menjumpai sebanyak 31 fungsi yang wujud dalam suatu urutan yang stabil dan tertib. Berdasarkan pola plot tersebut, Propp berjaya menunjukkan bahawa semua cerita pari-pari dapat dikategorikan di bawah atau tipologi. Analisis Propp menunjukkan bahawa fungsi bersifat generatif, sama seperti nahu yang dapat menjana ayat. Konsep fungsi yang memungkinkan wujudnya mahu naratif yang dapat digunakan untuk menjana sesebuah cerita. Konsep penciptaan itu disebut sebagai penciptaan skematik yang menjadi gaya khusus ciptaan teks lisan. Lihat juga tipa, tipologi sastera.

Kembali ke atas