Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.né.tik] | ݢينيتيک

Definisi : (génétik) (Bio) 1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut drpd satu generasi kpd generasi lain melalui gen; 2. bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.né.tik] | ݢينيتيک

Definisi : /génétik/ ist 1 kajian ttg keturunan atau baka, dan cara individu mewarisi sesuatu ciri atau sifat, serta memindahkan ciri tsb dr satu generasi ke generasi lain melalui gen. 2 bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genetik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genetic abnormalitykeabnormalan genetikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKecacatan genetik yang wujud semasa lahir disebabkan terdapat gen yang hilang, gen wujud secara berlebihan, mutasi gen atau translokasi gen. Contoh keabnormalan genetik termasuklah hermafrodit, prolaps rektum dan hernia.
geneticgenetikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKajian corak warisan ciri khusus yang berkaitan dengan gen dan maklumat genetik atau keturunan.
genetic materialbahan genetikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanGabungan pelbagai asid nukleik yang membentuk kromosom dalam organisma. Bahan genetik yang juga dikenali sebagai asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA) mempunyai peranan penting dalam komposisi organisma hidup.
genetic drifthanyutan genetikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKehilangan alel daripada sesuatu populasi secara kebetulan dari semasa ke semasa. Hanyutan genetik boleh berlaku tanpa mengira keputusan pemilihan untuk pembiakan. Haiwan yang dipilih tidak semua dapat melahirkan anak atau mungkin mati atau sesetengahnya tidak pernah dikawankan. Contoh, pemilik anjing dan kuda unggul tidak berminat untuk membiakkan haiwan mereka.
genetic selectionpilihan genetikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pemilihan ciri tertentu yang menjadikannya lebih menonjol daripada ciri lain dalam sesuatu spesies. Pemilihan genetik dilihat dalam organisma disebabkan oleh gen yang terdapat pada kromosomnya. Contohnya, burung merak jantan mempunyai bulu ekor yang cantik berbanding dengan burung merak betina.
genetic manipulationmanipulasi genetikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah memasukkan atau membuang gen daripada satu organisma kepada organisma lain. Manipulasi gen merupakan kaedah yang melibatkan kejuruteraan genetik.
acquired characteristicciri perolehanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKecacatan yang tidak berlaku ketika lahir, tetapi berlaku semasa hayat haiwan. Ciri perolehan boleh berlaku disebabkan oleh genetik ataupun bukan genetik. Contohnya, pekak perolehan sebagai manifestasi suatu bentuk penundaan pada pekak yang disebabkan oleh kecacatan genetik atau kerosakan pada telinga akibat bunyi yang terlalu kuat.
foetal defectkecacatan fetusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKecacatan yang berlaku pada haiwan semasa lahir, sama ada disebabkan oleh faktor genetik atau bukan genetik ketika pranatal. Contoh kecacatan fetus ialah dubur buntu pada babi.
non-genetic variancevarians tak genetikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanBahagian varians fenotip yang berpunca daripada kesan persekitaran.
animal breedingpembiakbakaan haiwanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSuatu cabang sains haiwan yang menekankan penilaian menggunakan kaedah ramalan saksama linear terbaik atau cara lain untuk menilai genetik ternakan. Sains pembiakbakaan haiwan didefinisikan sebagai penggunaan prinsip genetik dan biometri untuk mempertingkat kecekapan pengeluaran haiwan ternakan. Pembiakbakaan haiwan juga melibatkan proses mengawan terpilih haiwan yang mempunyai ciri genetik yang diingini untuk mengekalkan atau mempertingkat ciri ini pada generasi akan datang. Contohnya, kadar tumbesaran, penghasilan daging, susu dan telur.
12345678910...

Kembali ke atas