Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.no.tip] | ݢينوتيڤ

Definisi : (génotip) (Bio) 1. komposisi ciri genetik yg menentukan struktur dan fungsi sesuatu organisma; 2. kumpulan organisma yg mempunyai komposisi genetik yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.no.tip] | ݢينوتيڤ

Definisi : /génotip/ ist 1 keseluruhan juzuk genetik sesuatu individu organisma. 2 kumpulan individu yg mempunyai juzuk genetik yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genotip


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
genotypegenotipPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeseluruhan set gen dalam sel, organisma atau individu. Genotip ialah faktor utama yang menentukan fenotip organisma. Gen untuk ciri tertentu mungkin wujud dalam dua bentuk alel, dominan (AA) dan resesif (aa). Terdapat tiga genotip berkemungkinan wujud untuk ciri tertentu. Contohnya, genotip AA menggambarkan homozigot dominan, manakala genotip Aa ialah contoh dominasi heterozigot. Genotip aa ialah contoh homozigot resesif.
phenotypefenotipPenternakanGenetik dan PembiakbakaanPenampilan fizikal yang ditunjukkan oleh haiwan akibat interaksi genotip dengan persekitaran tertentu, tanpa mengira genotip sebenar haiwan. Fenotip ialah hasil sumbangan daripada gen haiwan dan pengaruh faktor persekitaran.
genotypegenotipBioinformatikBioinformatik Molekul-
genotypegenotipPerikananAkuakulturGen yang menentukan ciri-ciri ikan atau udang.
genotypic fitnessketahanan genotipBioinformatikBioinformatik MolekulKeupayaan untuk bermandiri, mencari pasangan dan menghasilkan keturunan yang akan memastikan aliran gen dalam generasi akan datang.
genetic association analysisanalisis tatahubungan genetikBioinformatikBioinformatik MolekulKaedah yang dilakukan untuk menggabungkan sifat sesuatu varian genetik dan fenotip (penyakit atau ciri) antara populasi berbeza. Polimorfisme alel, genotip atau haplotip akan dapat diperhatikan berdasarkan kepada frekuensi variasi genetik antara populasi. Analisis ini digunakan untuk mengenal pasti kebarangkalian mendapat penyakit atau ciri dalam populasi berkenaan.
biological robustnessketeguhan biologiBioinformatikBioinformatik MolekulFenomena yang berlaku dalam organisma untuk mengawal sifat tertentu bagi memastikan fungsi biologi kekal, walaupun terdapat gangguan luaran dan dalaman. Fenomena ini dikawal secara genetik. Kajian mekanisme fenomena ini membawa kepada pemahaman yang lebih jelas terhadap perhubungan genotip dan fenotip dalam sistem tersebut.

Kembali ke atas