Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.tian] | ݢنتيان

Definisi : serat, serabut (pd sabut, daging manusia, dll); ~ asli = ~ semula jadi gentian drpd bahan mineral (spt asbestos), tumbuhan (spt kapas) atau haiwan (spt sutera), lazimnya dibuat tenunan; ~ buatan = ~ sintetik gentian drpd bahan spt nilon, kaca, karbon, dan polimer yg berat molekulnya tinggi; ~ kaca (Fiz) gentian yg diperbuat drpd filamen kaca yg halus-halus (bergaris pusat antara 5 hingga 10 mikrometer); ~ karbon (Fiz) gentian drpd benang­-benang tekstil (spt rayon) yg dibakar utk menghasilkan bahan yg lebih kukuh; ~ optik (Komp) gentian kaca yg panjang, lut sinar, dan halus yg digunakan utk menghantar data digital dlm bentuk denyutan cahaya, spt yg digunakan dlm telekomunikasi; ~ rami serat rami; ~ saraf serat saraf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.tian] | ݢنتيان

Definisi : 1 = ~ semula jadi benda spt benang yg terdapat pd tumbuh-tumbuhan atau haiwan spt dlm kapas, otot-otot dll; serat; serabut. 2 = ~ tiruan benda spt benang yg dibuat secara tiruan. 3 benda-benda yg terbentuk (terjadi) drpd gentian semula jadi atau gentian tiruan: ~ hem gentian utk dibuat tali. ~ kaca ist gentian yg diperbuat drpd filamen kaca yg halus-halus (bergaris pusat antara 5 hingga 10 mikrometer). ~ karbon ist gentian yg terdiri drpd filamen karbon yg nipis dan kuat yg diperbuat dgn memanaskan gentian rayon atau gentian tekstil lain, digunakan utk menguatkan resin, seramik atau logam. ~ optik ist gentian kaca yg panjang dan halus yg digunakan utk menghantar data digital dlm bentuk cahaya, spt yg digunakan dlm telekomunikasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gentian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lateral offset losskehilangan ofset sisiKejuruteraanTiadaKehilangan kuasa alur laser yang disebabkan oleh sisihan melintang atau sisi dari pelarasan optimum sumber ke gentian, gentian ke gentian atau gentian ke pengesan.
decussationpenyilanganPerubatanTiadaTempat gentian-gentian sistem saraf pusat menyilang dari satu kawasan ke kawasan yang bersebelahan.
crepe materialfabrik krepKesenianTiadaFabrik yang dibuat daripada sutera, rayon, asetet, kapas, benang sayat, gentian buatan atau campuran gentian-gentian itu yang bercirikan kesan permukaan yang berkerut.
fluffsasul; bulu halusKejuruteraanTiadaBulu halus: Gentian-gentian yang dikeluarkan daripada permukaan kertas ketika operasi pencetakan dan pengubahan.
worsted clothkain worstedPentadbiran PerniagaanTiadaKain yang diperbuat daripada gentian sayat panjang dengan cara menyisir kasar beberapa kali, kemudian menyisir halus bagi mengasingkan gentian pendek, sebelum gentian-gentian tersebut dipintal ketat untuk menghasilkan yarn yang tidak berbulu
elastic cartilagerawan kenyalPerubatanTiadaRawan yang mengandungi gentian-gentian kenyal didalam matriksnya.
yarnyanKesenianTiadaIstilah tekstil yang merujuk kepada gentian-gentian yang dipintal ketat dan digunakan dalam tenunan fabrik.
glass-fibre reinforced concretekonkrit tetulang kaca gentianKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit tetulang yang diperkuatkan dengan bahan tambah yang terdiri daripada gentian-gentian kaca.
reticular fibregentian retikulumBiologiHistologi dan SitologiGentian tisu penghubung yang bercabang-cabang dan menjadi rangka jaringan tisu limfa, mieloid, pulpa merah dan kebanyakan membran basal. gentian argentafin; gentian argentofil; gentian kekisi.
stratum mediumstratum mediumBiologiHistologi dan SitologiLapisan hipokampus yang mengandungi sel saraf polimorf, yang mengeluarkan gentian-gentian kusut dan mengelilingi sel piramid.
12345678910...

Kembali ke atas