supercritical fluid extraction | pengekstrakan bendalir lampau genting | Herba | Tiada | Kaedah mengeluarkan komponen terlarut daripada bahan herba berbilang komponen dengan menggunakan bendalir lampau genting pada suhu dan tekanan rendah. Bendalir lampau genting seperti gas karbon dioksida atau nitrogen meresap melalui bahan pepejal herba dan melarutkan komponen dalam bahan herba. Contohnya, penyahkafeina daripada kopi (Coffea arabica) dan pengasingan kurkumin daripada kunyit (Curcuma domestica). |
reduced equation of state | persamaan keadaan terturun | Kejuruteraan | Tiada | Persamaan keadaan apabila pemboleh ubah p, v dan T masing-masing diungkapkan sebagai pecahan bagi tekanan genting, isi padu genting dan suhu genting, dengan pecahan-pecahan yang berkenaan dinamai tekanan terturun, isi padu terturun dan suhu terturun. |
super critical water reactor (SCWR) | reaktor air lampau genting | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Reaktor nuklear yang menggunakan air lampau genting sebagai bahan penyejuk dan bendalir kerja untuk menjana elektrik. |
super critical water | air lampau genting | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keadaan air yang wujud pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi atas titik genting (374�C dan 22.1 MPa). |
ridge tile | genting perabung | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
critical point | titik genting | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Suhu dan tekanan sesuatu bahan yang wujud serentak dalam fasa cecair dan gas secara seimbang tanpa perbezaan fizikal yang nyata. |
critical micelle cencentration | kepekatan misel genting | Kimia | Kimia Analisis | Kepekatan minimum yang diperlukan oleh bahan aktif permukaan untuk pembentukan misel. |
critical heat flux (CHF) | fluks haba genting | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Fenomena apabila perubahan fasa bahan penyejuk berlaku semasa pendidihan yang mengurangkan kecekapan pemindahan haba dan menyebabkan pemanasan setempat yang terlampau pada permukaan punca haba. |
Stranski-Krastanov growth | pertumbuhan Stranski-Krastanov (SK) | Fizik | Nanoteknologi | Satu daripada ragam pertumbuhan filem tipis secara epitaksi pada permukaan hablur yang proses pertumbuhannya melibatkan dua langkah, iaitu pemendapan filem tipis lapis demi lapis sehingga mencapai ketebalan genting diikuti dengan pertumbuhan pulau disebabkan oleh ketakpadanan kekisi. Ketebalan genting bergantung pada sifat fizik dan kimia substrat dan bahan filem, seperti tenaga permukaan dan parameter kekisi. Pertumbuhan Stranski-Krastanov digunakan untuk memfabrikasi bintik kuantum. Sinonim pertumbuhan SK. Lihat juga pertumbuhan Volmer-Weber (VW), pertumbuhan Frank-van der Merwe (FM). |
permanent gas | gas tetap | Kimia | Kimia Analisis | Gas yang mempunyai suhu genting di bawah suhu bilik dan gas ini didapati mustahil untuk dicairkan dengan tekanan sahaja. |