Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gé.nus] | ݢينوس

Definisi : (génus) (Bio) kumpulan benda hidup spt haiwan atau tumbuhan yg terdiri drpd spesies yg mempunyai beberapa ciri yg serupa: ~nya perlu ditentukan terlebih dahulu; lalat tsetse adalah drpd ~ Glossina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gé.nus] | ݢينوس

Definisi : /génus/ ist peringkat pengelasan haiwan atau tumbuh-tumbuhan ke dlm sesuatu kumpulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata genus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chlorellaklorelaPerikananAkuakulturGenus sel tunggal alga hijau dalam kelas Chlorophyta. Klorela berbentuk bulat, berdiameter lebih kurang 2 – 10 μm tanpa flagela. Klorela mengandungi pigmen hijau, iaitu klorofil A dan B dalam kloroplasnya. Klorela mengganda dengan cepat melalui proses fotosintesis dan hanya memerlukan karbon dioksida, air, cahaya matahari dan sedikit mineral untuk membiak. Klorela menjadi makanan kepada makanan hidup seperti moina.
olivezaitunHerbaTiadaTumbuhan daripada genus Olea dalam order Schrophulariales terutamanya pohon zaitun (Olea europaea) yang ditanam untuk buah drupanya. Buah zaitun ranum berwarna hitam sesuai untuk dimakan dan buah zaitun muda berwarna hijau mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Minyak zaitun digunakan sebagai emolien dalam rawatan penyakit kulit dan sebagai bahan nutrien.
pyrosomepirosomSains MarinTiadaHidupan laut daripada genus, Pyrosoma, tunikat berkoloni terapung bebas yang biasanya hidup di atas permukaan lautan terbuka di laut panas, walaupun ada yang boleh ditemui pada kedalaman yang lebih dalam.
corynebacteriumkorinebakteriumMakanan dan PemakananTiadaBakteria rod daripada Genus Actinomycetes bersifat Gram positif, tidak berspora dan psikotropik. Beberapa spesies bakteria ini seperti C. bovis dan C. diphthetriae merupakan patogen kepada manusia dan haiwan. Bakteria rod terdapat dalam susu mentah, alat pemprosesan susu dan hasil tenusu.
elmelmKesenianHiasan DalamanPokok yang terdapat di hemisfera utara, daripada genus Ulmus yang berdaun lebar dan tepinya bergerigi, serta berkayu keras dan berat. Kayu daripada pokok ini berwarna coklat cerah dan banyak digunakan untuk lantai, alat perabot serta lapisan venir.
identificationpengecamanPertanianTiadaProses mengenal pasti serta mengelaskan takson tumbuhan kepada famili, genus, spesies, subspesies dan lain-lain mengikut Kod Tatanama Botani Antarabangsa (International Code of Botanical Nomenclature). Kaedah ini akan menentukan sama ada tumbuhan tersebut telah dikenal pasti sebelumnya atau merupakan spesies baru. Proses ini penting untuk mengecam tumbuhan dengan tepat.
hybridhibridPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHasil gabungan sifat dua organisma, baka, spesies atau genus yang berbeza melalui pembiakan seksual. Hibrid tidak selalunya mempunyai ciri pertengahan antara kedua-dua induknya seperti dalam pewarisan warna kulit. Hibrid juga selalunya dikaitkan dengan hubungan induk spesies tersebut.
aubergineterung unguPentadbiran PerniagaanTiada1. Terung ungu: Sejenis tumbuhan pokok renek yang buahnya boleh dimakan dari genus Bringella.
botanical namenama botaniHerbaPeraturan dan PemasaranNama saintifik tumbuhan dalam bahasa Latin. Kebiasaannya nama botani mengandungi tiga perkataan. Perkataan pertama dimulai dengan huruf besar yang ditulis dalam huruf condong untuk menyatakan genus tumbuhan. Perkataan kedua juga ditulis dalam huruf condong untuk menyatakan spesiesnya, sementara perkataan ketiga menyatakan nama ahli botani yang menemui dan menamai tumbuhan tersebut. Nama botani suatu tumbuhan adalah berdasarkan Kod Antarabangsa Tatanama Botani (ICBN). Namun, bagi tumbuhan kultigen, kultivar tambahan dan/atau kumpulan epitet adalah berdasarkan pada Kod Antarabangsa Tatanama bagi Tumbuhan Tanaman. Contohnya, Orthosiphon stamineus Benth. ialah nama botani pokok misai kucing.
sympodialsimpodialBuluhTiadaPerihal sistem percabangan rimpang buluh secara berumpun. Percabangan ini membentuk rimpang yang tumbuh berdekatan induk. Buluh simpodial ditemui dalam iklim tropika seperti Asia Tenggara dan Selatan Amerika. Contoh buluh simpodial ialah daripada genus Bambusa, Gigantochloa, Dendrocalamus. Sinonim pakimorf.
12

Kembali ke atas