Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ra/] | ݢرق

Definisi : 1. perpindahan tempat, lwn diam: dgn~ yg lemah spt orang kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan; 2. denyut, kenyat-kenyut: ~ nadinya berhenti dgn tiba-tiba, dia telah menghembus nafas terakhir; 3. alamat, petanda, gelagat (denyut pd mata dll): janganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera datanglah ~ kpd patik; 4. = ~ batin = ~ hati dorongan hati, perasaan hati; 5. kehendak (Allah): entah hilang anakanda di laut lepas, ~ Allah siapa tahu; ~ badan Id olahraga, sukan; ~ gempa a) goyang gempa, gempa bumi; b) sj cucuk sanggul yg bergerak-gerak; ~- gerayu bergetar (pd hujung); ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) = ~langkah = ~ laku tingkah laku; ~ jalan Id latihan berjalan bersama-sama sbg sukan; pasukan ~ cepat Id pasukan tentera yg mudah dipindah-pindahkan; segerak berlaku atau bergerak pd masa yg sama; menyegerakkan menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll berfungsi atau bergerak pd masa yg sama; penyegerakan proses menyegerakkan alat, peranti, dll; bergerak 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu; menggerakkan 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur); ~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat; tergerak bergerak dgn tiba-tiba, telah digerakkan; ~ di hati = ~ dlm hati timbul perasaan dlm hati; ~ hatinya timbul perasaan atau keinginan; gerakan 1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera; 2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~ bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. = pergerakan; pergerakan kebangkitan (utk memper­juangkan sesuatu): ~ kaum ibu; penggerakan perihal (perbuatan dsb) menggerakkan; penggerak galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ra/] | ݢرق

Definisi : keadaan yg berlawan dgn diam; keadaan sesuatu benda yg beralih tempatnya atau kedudukannya: Tiap-tiap ~ ada sebabnya. ~ arah gerak atau perubahan sesuatu organisma sbg gerak balas ke arah perangsang atau jauh dr perangsang. ~ badan latihan spt bermain, bersenam dll utk menyihatkan badan. ~ balas ist tindak balas organisma terhadap rangsangan spt cahaya, air, sentuhan. ~ gempa gerak bumi yg tiba-tiba serta agak kencang; gempa bumi. ~-geri a. tingkah laku seseorang; kelakuan. b. bermacam-macam gerak pd anggota badan. ~ nadi gerak turun naik pd nadi; denyut nadi. bergerak 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. menggerakkan 1 menjadikan bergerak (spt bergoyang dll): Apabila kita membaca, otot-otot di belakang mata ~ mata kita ke kiri dan ke kanan. 2 memindahkan ke tempat lain; mengalih: Siapakah yg ~ barang-barang itu dr tempatnya? 3 mengejutkan seseorang yg sedang tidur; membangunkan; membangkitkan: Dia selalu ~ adiknya utk pergi ke sekolah. 4 menjadikan atau mengusahakan supaya berjalan, berfungsi dll (ttg pertubuhan dsb). ~ enjin menghidupkan atau menjalankan enjin. ~ pasukan memindahkan pasukan ke tempat lain. ~ rakyat membangkitkan kemahuan rakyat utk berusaha; membangkitkan semangat rakyat. tergerak bergerak dgn tiba-tiba; telah digerakkan: ~ di hati timbul perasaan. gerakan 1 hasil perbuatan bergerak: Janganlah kita membuat ~ badan yg keterlaluan selepas makan. 2 usaha atau kegiatan dlm masyarakat: ~ membasmi buta huruf telah berjalan dgn lancarnya. pergerakan keadaan atau hal bergerak. penggerakan perbuatan menggerakkan: Senaman melibatkan ~ anggota. penggerak sesuatu yg menggerakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerak

Peribahasa

Cik puan melangkah ular tak lepas.

Bermaksud :

Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mimemimosKesusasteraanTiadaBentuk persembahan bisu dalam drama atau teater yang menggunakan gerak tubuh dan gerak isyarat semata-mata bagi menyampaikan makna dan cerita. Oleh itu, persembahan bisu bukanlah suatu karya sastera bertulis. Persembahan ini bermula di Sisicy dan selatan Itali, dan merupakan suatu bentuk hiburan yang popular pada abad pertengahan. Kemudian, pengaruhnya berkembang di Eropah sehingga mimos menjadi sebahagian daripada tradisi drama Eropah. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani mimos bermaksud �pelakon� atau �pengajuk�. Mimos dikenali juga sebagai kialan.
concentration cellsel kepekatanKimiaKimia Analisis1. Sel elektrokimia untuk mengukur keupayaan kepekatan ion yang keupayaan daya gerak elektrik elektrod yang terhasil merupakan perbezaan daya gerak elektrik antara sel yang diketahui kepekatannya dengan sel yang tidak diketahui kepekatannya. 2. Sel elektrokimia yang daya gerak elektriknya terhasil akibat daripada perbezaan kepekatan elektrolit pada anod dan katod yang sama.
cadencealunKesusasteraanPuisiIrama ataupun rentak yang merupakan suatu gerak yang timbul sewaktu membaca atau melagukan sesebuah puisi. Gerak ini terjadi kesan daripada pengulangan sebutan sesuatu bunyi yang berturutan ataupun kemunculannya disebabkan tersekatnya arus pergerakan suara semasa mengujarkan sesuatu perkataan.
selectivity coefficientpekali kepilihanKimiaKimia AnalisisIndeks yang menentukan gerak balas relatif kebolehan memilih ion tertentu daripada ion-ion lain. Gerak balas relatif sesuatu elektrod terhadap suatu ion (B) terhadap ion yang dikaji (A), pada kepekatan yang sama
retention volumeisi padu penahananKimiaTiadaHasil darab masa penahanan dengan kadar aliran fasa gerak dan dapat dinyatakan sebagai VR = TR x F dengan, VR = isi padu penahanan TR = masa penahanan F = kadar aliran fasa gerak
high performance liquid chromatography (HPLC)kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC)HerbaPemiawaianKromatografi yang menggunakan campuran dua pelarut organik atau lebih, akueus dan bahan tambah sebagai fasa gerak dan fasa pegun yang terdiri daripada pepejal yang dimampatkan dalam satu turus. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan fasa gerak dari turus ke alat pengesan yang berasaskan penyerapan sinar ultralembayung atau pengukuran indeks refraktif atau pengesanan penyelerakan cahaya sejatan. Kaedah ini sering digunakan dalam pemiawaian sebatian bermanfaat dalam ekstrak herba untuk mendapatkan profil sebatian kimia. Sebagai contoh, produk herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) dipiawaikan dengan kandungan eurikomanon sebanyak 10% melalui kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi.
high performance liquid chromatography (HPLC) mass spectrometrykromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) spektrometri jisimHerbaPemiawaianKromatografi yang menggunakan campuran dua pelarut organik atau lebih, akueus dan bahan tambah sebagai fasa gerak dan fasa pegun yang terdiri daripada pepejal yang dimampatkan dalam satu turus. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan fasa gerak dari turus ke alat pengesan spektrometri jisim. Alat ini mengukur isyarat berasaskan berat molekul sebatian kimia dan dikenali juga sebagai fragmen bercas (m/z). Contohnya, eurikomanon dalam ekstrak tongkat ali (Eurycoma longifolia) dikenal pasti mempunyai fragmen bercas sebanyak 408.
assistance responsesgerak balas bantuanSains SukanBiomekanikTindakan penyesuaian yang menstabilkan sistem motor biologi sebelum melakukan pergerakan. Contohnya, persediaan sebelum melakukan apa-apa pergerakan seperti meluruskan tangan ke hadapan untuk menangkis pukulan pendek pihak lawan dalam acara badminton.
axle windupgerak acu gandarKejuruteraan AutomotifTiadaFenomena gandar hidup (biasanya pacuan belakang) dengan spring dedaun yang “menggulung” apabila dikenakan daya pecutan yang kuat disebabkan spring dedaun yang bersifat lembut.
axle windupgerak acu gandarKejuruteraan AutomotifTiadaFenomena gandar hidup (biasanya pacuan belakang) dengan spring dedaun yang “menggulung” apabila dikenakan daya pecutan yang kuat disebabkan spring dedaun yang bersifat lembut.
123456789

Kembali ke atas