selectivity coefficient | pekali kepilihan | Kimia | Kimia Analisis | Indeks yang menentukan gerak balas relatif kebolehan memilih ion tertentu daripada ion-ion lain. Gerak balas relatif sesuatu elektrod terhadap suatu ion (B) terhadap ion yang dikaji (A), pada kepekatan yang sama |
assistance responses | gerak balas bantuan | Sains Sukan | Biomekanik | Tindakan penyesuaian yang menstabilkan sistem motor biologi sebelum melakukan pergerakan. Contohnya, persediaan sebelum melakukan apa-apa pergerakan seperti meluruskan tangan ke hadapan untuk menangkis pukulan pendek pihak lawan dalam acara badminton. |
visual evoked response | gerak balas terangsang penglihatan | Sains Kesihatan | Tiada | Keupayaan elektrik yang dihasilkan oleh aktiviti gelombang otak sebagai respons terhadap rangsangan penglihatan. |
response time | masa gerak balas | Kimia | Kimia Analisis | Masa yang diperlukan untuk mengesan 98% daripada ketinggian puncak sepenuhnya selepas isyarat diterima oleh alat pengesan dalam sistem serapan ultralembayung. |
all or none respone | gerak balas ada atau tiada | Sains Kesihatan | Tiada | Perihal wujud atau tidaknya respons akibat pemberian sesuatu dos atau bahan kimia. |
instinct | naluri | Kesusasteraan | Tiada | Gerak balas semula jadi yang mendorong individu melakukan sesuatu. |
discriminator | diskriminator | Kimia | Kimia Analisis | 1. Peranti yang menghasilkan perubahan amplitud sebagai gerak balas terhadap perubahan frekuensi atau fasa isyarat. 2. Litar yang outputnya bergantung kepada bagaimana isyarat input berbeza dalam beberapa aspek, daripada isyarat piawai atau isyarat yang lain. |
Ah locus | lokus Ah | Sains Kesihatan | Tiada | Kedudukan pada gen yang mengawal atur gerak balas induksi enzim akibat tindakan hidrokarbon aromatik. |
simple reaction time | masa reaksi mudah | Sains Sukan | Biomekanik | Situasi yang memerlukan individu memilih satu gerak balas sahaja daripada satu jenis rangsangan persekitaran yang diterima. |
discrimination reaction time | masa reaksi diskriminasi | Sains Sukan | Biomekanik | Situasi yang memerlukan individu memilih pelbagai jenis gerak balas yang sesuai mengikut jenis rangsangan yang boleh diterima daripada persekitaran. |