general motion | gerakan umum | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan yang terhasil daripada kombinasi gerakan linear dan gerakan bersudut. Contohnya, semasa aktiviti berbasikal, aksi kayuhan melibatkan gerakan bersudut, manakala gerakan keseluruhan jasad (individu dan basikal) merupakan gerakan linear. Kebanyakan pergerakan dalam sukan melibatkan gerakan umum. |
linear motion | gerakan linear | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan dalam garis lurus atau melengkung dengan keseluruhan anggota jasad bergerak pada arah, jarak dan masa yang sama. Gerakan ini terhasil apabila daya diaplikasikan ke pusat graviti jasad. Terdapat dua jenis gerakan linear, iaitu gerakan rektilinear dan gerakan kurvilinear. Lihat juga gerakan rektilinear, gerakan kurvilinear. |
crankshaft | aci engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang menukarkan gerakan salingan omboh kepada gerakan putaran. Fungsi utama gerakan putaran ini adalah untuk memacu kenderaan. Gerakan putaran ini juga digunakan untuk menjalankan komponen asas dan aksesori piawai enjin. Aci engkol dihubungkan dengan omboh melalui rod penyambung dengan jarak kesipian yang bersamaan dengan setengah lejang. Aturan kesipian ditentukan mengikut bilangan silinder dan jujukan nyalaan. Gerakan putaran ini diimbangi pemberat imbang yang merupakan sebahagian daripada aci engkol yang bertujuan memastikan keseimbangan dinamiknya. Aci engkol diperbuat daripada keluli melalui proses penuangan atau tempaan. Lihat juga cemat engkol. |
angular motion | gerakan bersudut | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan yang berlaku apabila semua bahagian jasad bergerak berdasarkan satu paksi. Paksi tersebut boleh merupakan paksi luaran atau paksi dalaman. Contoh gerakan bersudut yang melibatkan paksi luaran ialah latihan tekan tubi. Dalam aksi ini, fasa gerakan tubuh ialah gerakan bersudut, manakala lantai yang menyokong hujung kaki untuk gerakan tubuh ke atas dan ke bawah menjadi paksi kepada latihan tekan tubi. |
separatist movement | gerakan pemisah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan untuk memerdekakan sesuatu daerah atau wilayah dari sesebuah negara yang dilakukan secara tidak sah atau tidak mengikut perlembagaan. Gerakan ini menuntut supaya kemerdekaan diberi untuk membolehkan mereka memerintah sendiri. Gerakan ini dilakukan secara kekerasan dan kadangkala dalam bentuk keganasan yang melampau sehingga mengorbankan nyawa. Gerakan ini juga boleh bersifat ketenteraan atau sivil yang bergerak secara sulit atau bawah tanah atau di bawah parti politik. Semangat nasionalisme selalu mendasari gerakan ini di samping faktor lain seperti keagamaan, penentangan kepada diskriminasi dan dominasi serta bantuan dari kuasa luar. Contoh gerakan pemisah yang masih aktif ialah Gerakan Acheh Merdeka di Indonesia dan Gerakan Pembebasan Islam Moro di Filipina. |
black arts movement | gerakan seni kulit hitam | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan seni warga Amerika berkulit hjitam yang menentang hebat konsep seni yang mengasingkan seniman daripada komunitinya. Gerakan ini berkait rapat dengan konsep Black Power. Oleh yang demikian, gerakan seni kulit hitam membayangkan sejenis seni yang ketara yang menyentuh hasrat dan hak warga Amerika berkulit hitam. Untuk memenuhi wawasan ini, ahli gerakan seni kulit hitam mencadangkan penyusunan semula gerakan secara radikal terhadap estetika dan budaya Barat. Gerakan ini juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, kritikan dan ikonologi yang tersendiri. Dalam usaha mengembangkan Black Aesthetics, seniman berkulit hitam merujuk kepada tradisi budaya Afro-Amerika dan mana-mana budaya yang sesuai dari negara Dunia Ketiga. |
agrarian movement | Gerakan agraria | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan sosial yang dipelopori oleh kelas petani dalam sesebuah masyarakat. Gerakan ini dibentuk untuk membela nasib golongan petani yang ditindas oleh golongan tuan tanah atau golongan feudal. Gerakan ini amat popular pada pertengahan abad ke-20 di Amerika Latin, Afrika dan Asia seperti di China. Pada tahun 1935, gerakan agraria yang muncul di Amerika Latin adalah untuk menuntut supaya golongan tuan tanah dan pihak pemerintah menaikkan kadar upah di ladang serta memberi hak milik tanah kepada mereka. |
curvilinear motion | gerakan kurvilinear | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan yang melibatkan arah peralihan anggota jasad mengikut satu garis lengkung. Gerakan ini dalam sukan lazimnya melibatkan pergerakan jasad semasa fasa layangan. Contohnya, gerakan lompatan dalam acara luncur air. |
rectilinear motion | gerakan rektilinear | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan yang melibatkan arah peralihan anggota jasad mengikut satu garis lurus. Contohnya, gerakan lompatan acara palang dalam sukan gimnastik. Kedudukan sendi bahu dan pinggul semasa gerakan ini adalah pada arah yang sama. Sinonim peralihan rektilinear. |
clandestine movement | gerakan sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan politik yang dilakukan secara senyap atau bawah tanah dan di luar batasan perlembagaan bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Gerakan ini biasanya dipelopori oleh pemimpin yang menyedari ketidakadilan dan kekejaman yang wujud dalam sesebuah pemerintahan tetapi tidak mampu menyuarakannya secara terbuka disebabkan oleh kebimbangan terhadap hukuman politik yang akan dikenakan. Gerakan ini dimulai dengan pembentukan beberapa ahli kumpulan secara kecil-kecilan yang kemudiannya akan berkembang secara sulit dalam masyarakat. Apabila disedari oleh pemerintah, pemimpin gerakan ini akan ditangkap, dipenjarakan dan sesetengahnya pula terpaksa melarikan diri serta memohon perlindungan politik dari negara lain. Contohnya, gerakan Masonic Movement di Cuba yang ditubuhkan sejak tahun 1959 bagi menentang dan menggulingkan pemerintahan Fidel Castro. |