arch | gerbang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Suatu unsur binaan yang direka untuk membentuk ruang bukaan yang biasanya melengkung di sebelah atas. Walau bagaimanapun, gerbang boleh direka dalam pelbagai bentuk dan saiz, termasuklah separuh bulat, separuh bujur atau runcing tajam. Gerbang dikenali berdasarkan jenis dan reka bentuknya, antaranya ialah gerbang Ogee, gerbang ladam kuda, gerbang Tudor, gerbang runcing dan gerbang Renaissance. |
archivolt | hias gerbang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Arkitraf berukir memanjang yang terletak di permukaan hadapan gerbang. Hias gerbang digunakan dengan gaya Roman dan Romanesque, termasuklah pada bangunan yang terdapat di kawasan perkampungan Anglo-Saxon pada era awal Norman. Kini, hias gerbang mempunyai sisi yang timbul atau dipotong serong. |
abut | cantum | Kesenian | Hiasan Dalaman | Penyatuan objek dengan rapat, melekat atau bersambung di bahagian hujung sesuatu bahan, seperti kayu, batu, bata atau logam untuk membentuk suatu binaan tanpa menggunakan bahan penyambung dan kerangka, contohnya gerbang bata atau gerbang batu. |
arch | gerbang; lengkung (untuk bentuk) | Perhutanan | Tiada | Tiada |
arch | gerbang; lengkung (untuk bentuk) | Komunikasi | Tiada | Tiada |
arch | gerbang; lengkung (untuk bentuk) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
arch | gerbang; lengkung (untuk bentuk) | Kesenian | Tiada | Tiada |
P'ai Lou | P'ai Lou | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gerbang kaum Cina yang berbentuk melengkung dan mempunyai satu, tiga atau lima bukaan. P'ai Lou biasanya terdapat di pintu masuk istana, jirat atau lorong yang dikhaskan untuk perarakan. P'ai Lou diperbuat daripada batu yang dibentuk atau dibina menyerupai kayu. |
arcade | arked | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang yang terbentuk hasil daripada susunan gerbang yang disokong dan dilindungi oleh tiang-tiang di kanan dan kiri dinding. Pada asalnya, ruang ini merupakan ruang laluan awam yang tidak berbumbung yang terletak di luar bangunan. |
arcade | arked | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Laluan bagi pejalan kaki yang biasanya mempunyai bumbung berbentuk gerbang dan terletak di antara dua bangunan. |