Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ger.ma.nium] | ݢرمانيوم

Definisi : (Kim) unsur bukan logam, bersifat semikonduktor, digunakan sbg mangkin dan utk membuat peranti transistor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ger.ma.nium] | ݢرمانيوم

Definisi : ist unsur kimia, berbentuk pepejal, berwarna kelabu dan bersifat semikonduktor, digunakan sbg mangkin, dan utk membuat peranti transistor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata germanium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
germaniumgermaniumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaHablur logam yang digunakan sebagai bahan separuh pengalir dalam diod dan transistor.
microchipmikrocipFizikNanoteknologiPeranti elektronik yang difabrikasikan daripada bahan semikonduktor seperti silikon atau germanium, untuk membentuk mikrolitar bersepadu. Peranti ini dapat menjalankan fungsi tertentu dan merupakan sebahagian daripada sistem elektronik yang lebih besar.
semiconductorsemikonduktorFizikNanoteknologiBahan pepejal berhablur yang mempunyai kekonduksian elektrik antara logam dengan penebat. Contohnya, germanium dan silikon. Bahan semikonduktor mempamerkan sifat kekonduksian berkadaran dengan suhu yang digunakan sebagai termistor, berkadaran kepada voltan yang digunakan sebagai varistor. Dengan membuat sambungan yang sesuai antara bahan semikonduktor, pelbagai peranti elektronik dapat dihasilkan. Sifat optik bahan semikonduktor juga penting untuk menghasilkan peranti seperti fotodiod, laser dan sel suria.
heteroepitaxyheteroepitaksiFizikNanoteknologiKaedah pemendapan lapisan filem monohablur ke atas substrat monohablur berlainan jenis. Filem tipis ini disediakan dengan kaedah percikan, ablasi laser denyut atau epitaksi alur molekul (MBE). Contohnya, hablur semikonduktor seperti galium arsenida, germanium dan kadmium telurid (CdTe) dapat dimendapkan pada permukaan hablur silikon. Banding homoepitaksi.
intrinsic semiconductorsemikonduktor intrinsikFizikNanoteknologiSemikonduktor tulen yang kepekatan pembawa casnya ditentukan oleh ciri bahan tersebut, biasanya pembawa cas, iaitu elektron dan lohong dihasilkan daripada kesan terma atau kecacatan semikonduktor tersebut. Dalam bahan ini, jumlah elektron dan lohong adalah sama, berbeza dengan semikonduktor ekstrinsik yang pembawa casnya dihasilkan oleh bahan pendop. Contohnya, silikon dan germanium. Banding semikonduktor ekstrinsik.

Kembali ke atas