oriented drill pipe | paip gerudi terhala | Kejuruteraan | Tiada | Paip gerudi yang diturunkan ke dalam lubang pada arah tertentu semasa penggerudian terhala. |
side drilled holes (SDH) | lubang gerudi sisi (SDH) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok penentukuran piawai yang digunakan dalam kaedah ultrasonik bagi menentukan tahap kepekaan prob semasa pemeriksaan bahan. Blok ini mempunyai lubang gerudi yang bergaris pusat dan kedalaman tertentu. Banding lubang bawah mendatar. |
internode hole | lubang ruas | Buluh | Tiada | Lubang yang dihasilkan, sama ada dengan cara menebuk setiap ruas menggunakan gerudi kecil atau menolak batang logam, bagi memecahkan diafragma antara ruas untuk membolehkan bahan kimia masuk ke dalam batang buluh. |
simulated defects | kecacatan simulasi | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang dibina berdasarkan standard dan spesifikasi tertentu pada blok rujukan sebagai panduan semasa pemeriksaan ujian tanpa musnah (NDT) dalam menilai data ujian. Contohnya, blok rujukan yang mengandungi lubang gerudi sisi, lubang bawah mendatar, pemantul cakera dan takik digunakan oleh pengamal NDT untuk membuat perbandingan dengan ketakselanjaran yang ditemui dalam bahan bagi menentukan bahan itu boleh sama ada diterima atau ditolak. |
IOW block | blok IOW | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok logam (keluli, aluminium dan aloi) bertentukuran piawai yang digunakan untuk membina profil alur dan menentukan resolusi prob. Blok ini dikeluarkan oleh Institute of Welding (IOW). Blok ini mengandungi lubang gerudi berdiameter 1.5 mm pada kedudukan-kedudukan seperti yang ditunjukkan pada rajah. |
flat bottom holes (FBH) | lubang bawah mendatar (FBH) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok penentukuran piawai yang digunakan dalam kaedah ultrasonik bagi menentukan tahap kepekaan prob semasa pemeriksaan bahan. Blok ini mempunyai lubang-lubang bawah mendatar yang bergaris pusat dan berkedalaman tertentu. Banding lubang gerudi sisi. |
area amplitude block | blok amplitud luas | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok piawai yang terdiri daripada pemantul bergaris pusat berbeza, tetapi mempunyai kedalaman yang sama. Blok ini digunakan untuk menentukan hubungan antara saiz ketakselanjaran dan amplitud isyarat dengan membandingkan respons isyarat bagi saiz lubang yang berbeza. Blok ini mengandungi lubang gerudi bertapak rata dengan diameter yang berbeza-beza, tetapi pada kedalaman yang sama. |