Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.run] | ݢرون

Definisi : takut, ngeri, gamang: dia ~ dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.run] | ݢرون

Definisi : (berasa) ngeri atau takut kerana sesuatu yg membahayakan dll. menggeruni berasa gerun akan: Guru Besar itu digeruni para pelajar. menggerunkan menimbulkan rasa gerun; mengerikan: Perlanggaran yg dahsyat itu ~. penggerun sesuatu yg menimbulkan rasa gerun: jampi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gerun


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
uncanny valleylembah gerunTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
the sublimesublimKesusasteraanTiadaKehebatan, keagungan dan martabat sesebuah karya sastera. Keagungan dari segi pemikiran dan falsafah, ketinggian perasaan, kehalusan bahasa dan susunan karya sehingga melahirkan kesan ketakjuban pada pembaca. Idea tentang sublim ini dipandang tinggi dan dibincangkan oleh penulis pada kurun ke-18. Walau bagaimanapun, sublim menjadi penting selepas tulisan Edward Burke yang menghujahkan bahawa sublim bukan terbit daripada sesuatu keindahan, tetapi terbit daripada gabungan perasaan takut, gerun, atau ketidakselesaan semasa berdepan dengan keluasan alam. Pandangan ini melahirkan teori estetik dan psikologi tentang sublim yang kemudiannya mempengaruhi ahli falsafah Jerman Immanuel Kant.
tragedytragediKesusasteraanTiadaBentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan tragis (harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan tragis kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-533 Sebelum Masihi. Tiga penulis tragedi yang masyhur pada zaman Yunani ialah Aeschylus, Sophocles, dan Euripides. Drama tragedi berkembang selepas zaman Yunani. Selain Aristotle, Seneca pada zaman Romawi juga merupakan tokoh penting dalam perkembangan tragedi. Bentuk tragedi Seneca mempengaruhi perkembangan tragedi pada zaman Elizabenthan. Justeru, situasi ini mencetuskan dua aliran, iaitu tragedi intelektual yang meniru model Seneca yang menggunakan korus dan kesatuan (aksi, masa, dan tempat), dan tragedi yang ditulis untuk orang ramai, dikenali sebagai tragedi balas dendam. Contohnya drama Hamlet, Macbeth, dan Othello oleh Shakespeare, dan drama the Jew of Malta oleh Christopher Marlowe. Contoh tragedi zaman moden ditemui dalam Death of a Salesman oleh Arthur Miller, dan Mourning Becomes Electra oleh Arthur Miller, dan Mourning Becames Electra oleh Eugene O�Neill. Lihat juga ditiramb, katarsis, kesatuan.

Kembali ke atas