chafing gear | penahan gesel | Sukan | Tiada | Bahan yang digunakan untuk menahan geselan atau hausan tali, layar dan sebagainya. |
abrasion | abrasi/lelasan | Perubatan | Tiada | Lelas pada kulit yang biasanya disebabkan geselan pada permukaan yang kasar. |
callus | kalus | Perubatan | Tiada | 1. Penebalan setempat keratin kulit disebabkan tekanan atau geselan secara kronik. Kalus biasanya terjadi di tapak kaki, tangan, lutut dan siku. 2. Tulang baru yang terbentuk di sekeliling tulang yang tercedera semasa proses penyembuhannya. |
abrasion in diesel engine | lelasan enjin diesel | Kejuruteraan | Tiada | Kehausan yang selalu terjadi hasil dari geselan dalam enjin diesel. |
chafing mat | tikar tahan gesel | Sukan | Tiada | Kepingan fabrik kasar yang digunakan dalam tali temali untuk melindung layar dari geselan dengan tali tambat dan digunakan juga dalam palka untuk melindung kargo bergesel dengan siling, rasuk dan sebagainya. |
abrasion | lelasan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Proses penyingkaran bahan pada permukaan pepejal seperti proses pembentukan, pencanaian dan penggilapan dengan tindakan geselan antara pepejal berkenaan dengan pepejal lain, cecair, gas atau gabungannya. Lelasan banyak digunakan untuk proses membentuk atau meratakan permukaan apabila amaun bahan yang disingkirkan sangat nipis. Lelasan juga digunakan untuk membentuk permukaan, bucu atau pinggir yang sukar dimesin seperti permukaan aerofoil, pendesak dan kipas yang melengkung. |
chafing batten | beroti tahan gesel | Sukan | Tiada | Batang kayu yang dipasang pada tali-temali tetap untuk mengurangkan kerosakan pada layar atau tali hulur akibat geselan. |
chafing board | kayu tahan gesel | Sukan | Tiada | Batang kayu yang dipasang pada tali-temali tetap untuk mengurangkan kerosakan pada layar atau tali hulur akibat geselan. |
dunnage | alas; reja kayu;; mutu rendah (kayu) | Kejuruteraan | Tiada | Alas: Bahan yang diletak dibawah atau di antara kargo di palka bagi menghindari gerakan dan geselan |