vibrational overton | getaran overton | Kimia | Kimia Analisis | Getaran di dalam daerah inframerah hasil gandaan frekuensi asas. |
torsional vibration | getaran kilas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Getaran putaran yang disebabkan oleh tindakan kilasan dan bukan kilasan yang berlaku semasa aci berputar. |
rocking vibrational mode | mod getaran goyang | Kimia | Kimia Analisis | Mod getaran dalam spektroskopi inframerah yang melibatkan unit struktur bergoyang ke hadapan dan ke belakang dalam satah simetri molekul. |
vibration damper | peredam getaran | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang dipasang pada bahagian hadapan aci engkol bertujuan untuk mengurangkan getaran kilasan dan tindak balas piuhan akibat denyutan nyalaan silinder. Peranti ini dikenali juga sebagai pengimbang harmonik kerana peranannya yang boleh mengurangkan kesan harmonik terhadap sistem enjin. Sinonim pengimbang harmonik. |
vibrating damper | peredam getaran | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang dipasang pada hujung sel engkol enjin untuk menentang getaran kilasan aci engkol. |
Raman spectroscopy | spektroskopi Raman | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah spektroskopi getaran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang getaran molekul dan struktur bahan hablur. Contoh spektroskopi Raman mineral. |
engine mounting | pemegang enjin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen penebat yang diperbuat daripada getah boleh anjal atau sistem hidraulik yang dipasang di antara bahagian enjin dengan rangka, struktur atau badan kenderaan. Pemegang ini bertujuan untuk menyerap getaran enjin dan mengelakkan getaran tersebut dipindahkan ke dalam kenderaan. |
plane-polarized light | cahaya terkutub satah | Kimia | Kimia Analisis | Cahaya (gelombang elektromagnet) yang vektor elektrik berada dalam satu satah sahaja yang disebut satah getaran, yang mengandungi arah perambatan, manakala vektor magnetnya berada dalam satah yang bersudut tepat (satah pengutub) terhadap satah getaran. |
vibration | getaran | Kesenian | Tiada | Sumber bunyi yang terhasil daripada sesuatu yang bergetar. |
torsional vibration | getaran kilasan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tindakan mengilas dan tak mengilas yang terjadi pada sebatang aci disebabkan oleh penggunaan kuasa atau beban yang terputus-putus. |