sentimental drama | drama sentimental | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly. |
social realism | realisme sosial | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penulisan sastera yang memaparkan pergelutan kelas bawahan untuk berkuasa. Fenomena ini dimajukan oleh aliran Marxis dalam usaha memenuhi tuntutan pemerintah. Dalam perkembangan selanjutnya, realisme sosial tidak lagi memaparkan penulisan yang diarahkan oleh pemerintah tetapi tertumpu pada penulisan yang memaparkan realiti kehidupan yang pahit dan getir. |
naturalism | naturalisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan sastera yang melihat manusia sebagai mangsa pasif kuasa alam dan persekitaran sosialnya. Sebagai gerakan sastera, naturalisme bermula di Perancis dan diterajui oleh Emile Zola. Penganut naturalisme berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa sesebuah karya perlu ditulis secara objektif berdasarkan penyelidikan yang rinci tentang kehidupan manusia. Tema yang menjadi tumpuan ialah tema yang kurang diterokai seperti pelacuran, obsesi seksual, kebuluran, persoalan baka dan sebagainya. Contohnya, novel Salina oleh A. Samad Said menggambarkan secara realisitik dan rinci tentang pahir getir kehidupan seorang pelacur selepas perang. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad pula menggambarkan bencana alam dan kesukaran yang melanda kehidupan keluarga petani. |