[gé.to] | ݢيتو
Definisi : (géto) 1. kawasan bandar yg didiami oleh sesuatu etnik atau kumpulan sosial minoriti, biasanya hidup dlm keadaan miskin, perumahan yg sesak dan daif, terasing dsb: ~ bukan sahaja dikaitkan dgn kualiti tempat kediaman yg merosot dan usang, tetapi juga dgn ciri-ciri kaum yg menghuninya; ramai pekerja kulit hitam yg terpaksa tinggal di ~ di Chicago, Detroit atau New York; 2. kawasan di sesebuah bandar raya di Eropah yg dahulunya menjadi tempat kediaman penduduk Yahudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)