rectilinear motion | gerakan rektilinear | Sains Sukan | Biomekanik | Gerakan yang melibatkan arah peralihan anggota jasad mengikut satu garis lurus. Contohnya, gerakan lompatan acara palang dalam sukan gimnastik. Kedudukan sendi bahu dan pinggul semasa gerakan ini adalah pada arah yang sama. Sinonim peralihan rektilinear. |
pronation | pronasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan dari posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke belakang atau ke bawah. Contohnya, kedudukan tangan secara pronasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding supinasi. |
supination | supinasi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan sendi radioulnar (sendi di bahagian lengan bawah) yang mengalihkan tangan ke posisi anatomi, pada satah melintang. Pergerakan ini melibatkan putaran tangan yang menghala ke hadapan atau ke atas. Contohnya, kedudukan tangan secara supinasi semasa menggenggam gegelang roman dalam acara gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah melintang. Banding pronasi. |
abduction | abduksi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral menjauhi garis tengah badan. Abduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari sisi badan ke atas, manakala abduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari sisi badan ke atas. Contohnya, fasa yang melibatkan abduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding aduksi. |
adduction | aduksi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral mendekati garis tengah badan. Aduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari atas ke sisi badan, manakala aduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari atas ke sisi badan. Contohnya, fasa yang melibatkan aduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding abduksi. |