kugiran | kugiran | Muzik | Tiada | Pancaragam muzik popular Melayu yang terdiri daripada tiga jenis gitar, iaitu gitar melodi, gitar rentak dan gitar bes serta dram Barat. Pancaragam ini wujud pada tahun 1960-an. Kugiran bermaksud kumpulan gitar rancak. Contoh kugiran seperti Siglap 5, Nirwana, The Hooks dan Mutiara Timur. Lihat juga pop-yeh-yeh. |
rock | rock | Muzik | Tiada | Muzik popular yang diiringi alat muzik seperti dram, papan nada dan gitar elektrik, iaitu gitar yang memainkan melodi, rentak dan bes. Muzik rock bermeter 4/4, terdiri daripada 32 bar dalam bentuk ABA atau variasi lain. Muzik ini memberi penekanan pada bit dua dan empat. |
Hawaiian guitar | gitar Hawaii | Kesenian | Tiada | Gitar yang menggunakan kuasa elektronik yang terdapat di Kepulauan Hawaii. |
electric guitar | gitar elektrik | Kesenian | Tiada | Gitar yang bunyinya diubah suai secara elektronik. |
acoustic guitar | gitar akustik | Muzik | Tiada | Gitar yang bunyinya tidak diubah suai secara elektronik. |
resonance | resonans | Teknologi Maklumat | Tiada | Gema yang terhasil akibat pemanjangan atau peningkatan bunyi (akustik), terutamanya nada muzikal yang dihasilkan oleh getaran. Frekuensi resonans pada biola, gitar atau piano misalnya bergantung kepada panjang dan ketegangan tali. Apabila tali gitar dipetik, Jarak gelombang yang akan menghasilkan resonans pada tali gitar misalnya adalah dua kali ganda panjang tali gitar tersebut. |
guitar | gitar | Kesenian | Tiada | Alat tali yang dipetik. |
gekkin (Jp) | gekkin | Kesenian | Tiada | Gitar Jepun. |
tyba (Viet) | tyba | Kesenian | Tiada | Gitar dua tali. |
biwa (Jp) | biwa | Kesenian | Tiada | Gitar tradisional Jepun. |