glaucoma | glaukoma | Veterinar | Praklinikal | Keadaan tekanan intraokular yang meningkat disebabkan oleh penyaliran gelemair tersekat. Keadaan ini menyebabkan mata menjadi tegang dan besar. Terdapat dua kategori glaukoma; iaitu primer dan sekunder. Glaukoma primer disebabkan oleh keturunan manakala glaukoma sekunder disebabkan faktor lain yang menjejaskan penyaliran gelemair seperti uveitis dan ketumbuhan. Antara tanda glaukoma ialah sakit pada mata atau buta. |
acute congestive glaucoma | glaukoma kongestif akut | Perubatan | Tiada | Glaukoma yang dikaitkan dengan kenaikan tekanan yang tiba-tiba diiringi oleh kesakitan dan kekaburan penglihatan yang nyata |
glaucoma | glaukoma | Perubatan | Tiada | Penyakit mata yang dicirikan oleh peningkatan tekanan intranokular, menyebabkan perubahan patologi pada diska optik dan akibatnya gangguan pada medan penglihatan. |
glaucoma | glaukoma | Biologi | Fisiologi | Keadaan patologi mata, dicirikan oleh tekanan intraokular yang tinggi menyebabkan atrofil saraf optik dan mata menjadi buta. |
glaucoma | glaukoma | Perubatan | Tiada | Penyakit mata yang ditandai dengan kewujudan tekanan yang tinggi di dalam biji mata, yang menyebabkan biji mata terasa keras dan sakit, serta perubahan patologi cakera optik. Keadaan ini akhirnya menjejaskan penglihatan. |
aphakic glaucoma | glaukoma afakia | Perubatan | Tiada | Tiada |
angle closure glaucoma | glaukoma tertutup sudut | Perubatan | Tiada | Keadaan bertambahnya tekanan intraokular kerana pembesaran kanta menyebabkan sudut tertutup. |
hydrophthalmos | hidroftalmos | Perubatan | Tiada | Sejenis glaukoma yang dicirikan oleh pertambahan tekanan di dalam mata akibat kecacatan di dalam perkembangan tisu yang melaluinya cecair mengalir dari mata. |
cylicotomy | silikotomi | Perubatan | Tiada | Pembahagian otot siliari, dalam rawatan glaukoma. |
microgonioscope | mikrogonioskop | Perubatan | Tiada | Alat untuk mengukur sudut kebuk anterior mata dalam pemeriksaan glaukoma. |