glucose detection | pengesanan glukosa | Fizik | Nanoteknologi | Pengukuran kepekatan glukosa dalam bendalir yang dilakukan secara pengesanan tak langsung pada produk daripada tindak balas glukosa oksidase. Pengesanan dapat juga dilakukan secara langsung, contohnya pengesanan menggunakan impedans elektrokimia, resonans permukaan plasmon atau karbon nanotiub. |
hyperglycaemia | hiperglisemia | Kejururawatan | Tiada | Kehadiran glukosa yang terlalu tinggi dalam darah melebihi tahap normal. Keadaan ini biasa terjadi pada penghidap diabetis melitus. Tahap glukosa yang normal adalah antara 3.5 hingga 6.7 mmol/L. |
glycaemic index | indeks glisemik | Sains Kesihatan | Tiada | Peningkatan aras glukosa daarah selepas dua jam pengambilan 50 gram karbohidrat. |
xanthan | xantan | Herba | Tiada | Heteropolisakarida yang mengandungi residu D-glukosa, D-manosa dan asid D-glukoronik. Xantan diperoleh daripada Xantomonas campestris dan digunakan dalam penghasilan gam xantan semula jadi terlarut air. |
diabetes mellitus | diabetes melitus | Kejururawatan | Tiada | Gangguan metabolisme karbohidrat yang mengakibatkan glukosa dalam darah tidak dapat dioksidakan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon insulin ataupun insulin yang dihasilkan itu kurang berkesan. |
hypoglycemic | hipoglisemik | Herba | Fitoterapi | 1. Kadar kepekatan gula yang rendah di dalam darah. 2. Bahan yang menurunkan kepekatan glukosa di dalam darah. |
glycoside | glikosida | Herba | Pemiawaian | Kumpulan sebatian organik yang terdiri daripada gabungan antara sebatian organik dengan molekul gula seperti glukosa, manosida, fruktosa dan galaktosida. Glikosida boleh dihidrolisis kepada gula dan sebatian organik (aglikon). Bahan glikosida banyak terdapat dalam herba seperti daun tenggek burung (Melicope ptelefolia) dan buah mengkudu (Morinda citrifolia). |
amylase | amilase | Kejururawatan | Tiada | Enzim yang terdapat dalam air liur dan jus pankreas. Ia memangkinkan penguraian kanji kepada glukosa, maltosa, dan dekstrin. |
biosensor | biopenderia | Fizik | Nanoteknologi | Peranti untuk mengesan analit yang menggabungkan komponen biologi dengan komponen pengesan fisikokimia. Biopenderia mengandungi beberapa komponen unsur peka secara biologi seperti tisu, mikroorganisma, organel, sel reseptor, enzim antibodi dan asid nuklid. Unsur peka dapat dibuat secara rekayasa biologi. Contoh biopenderia yang digunakan secara komersial ialah biopenderia glukosa darah yang menggunakan enzim untuk memecah glukosa darah. Peranti tersebut dapat memindahkan elektron ke elektrod dan menentukan kepekatan glukosa darah. |
hyperglycemic | hiperglisemik | Herba | Fitoterapi | 1. Kadar kepekatan gula yang tinggi di dalam darah melebihi paras normal. 2. Bahan yang boleh menghasilkan glukosa pada tahap yang tinggi di dalam darah. |