Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[go.dam] | ݢودم

Definisi : palu (tukul, martil) besar; menggodam 1. menghentam (memukul) dgn godam dll; 2. (Komp) menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain, terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat sulit yg tersimpan di dlm sistem komputer itu: perbuatan ~ sistem komputer oleh setengah-setengah pihak yg tidak bertanggungjawab mesti dicegah segera; penggodaman (Komp) perbuatan atau tindakan menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain utk mencuri data dan maklumat sulit dsb: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab; penggodam 1. palu godam; 2. (Komp) orang yg menceroboh masuk ke dlm sistem komputer utk mengakses data dan maklumat sulit dsb: tindakan segera perlu diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[go.dam] | ݢودم

Definisi : tukul yg besar. menggodam 1 memukul atau menghentam dgn godam dll. 2 menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain, terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat yg tersimpan dlm sistem komputer tsb: Perbuatan ~ sistem komputer oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mesti dihapuskan segera. penggodaman perbuatan atau tindakan menggodam sistem komputer orang lain: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab mestilah dihentikan. penggodam 1 godam. 2 orang yg menggodam sistem komputer orang lain: Tindakan segera mesti diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata godam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyber hacktivismaktivisme godam siberTeknologi MaklumatTiadaTindakan penggodaman ruang siber yang bermotif politik atau sosial yang biasanya dituju kepada sistem komputer atau laman web kerajaan atau organisasi.

Kembali ke atas