voluntarism | faham voluntaris | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman berasaskan kerja yang dilakukan secara sukarela atau bergantung kepada sukarelawan. Fahaman ini menolak unsur upah atau pergantungan kepada buruh yang dibayar. la menekankan kepada semangat egalitarian, tolong-menolong atau gotong-royong. Menurut fahaman ini, buruh dan upah tidak diperlukan apabila sesuatu kerja atau beban boleh dilakukan secara bersama atau oleh sukarelawan. Contohnya, faham voluntaris dapat dilihat dalam amalan gotong-royong masyarakat Melayu tradisional khususnya semasa mengerjakan sawah padi atau membina rumah. Sinonim voluntarisme. |
nonmarketed goods | barang tak diniagakan | Ekonomi | Tiada | Barang yang tidak diniagakan di pasaran tetapi ditukar melalui sistem tukar barang, atau diperoleh melalui kegiatan membuat sendiri. Misalnya, khidmat suri rumah dan kegiatan gotong-royong. |
solidarity | perpaduan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan rapat atau sepadu dalam sebuah komuniti yang berasaskan objektif, kepentingan atau nilai sepunya. Anggota komuniti berkongsi sentimen yang sama seperti bahasa, agama, dan budaya, sekali gus membentuk hubungan kekitaan yang sangat kuat. Hubungan ini kemudiannya mewujudkan pula perasaan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Dalam komuniti ini, wujud amalan tolong-menolong, gotong-royong dan saling bekerjasama. Perpaduan kebiasaannya lebih kuat dalam masyarakat kecil berbanding dengan masyarakat yang lebih besar. Hal ini kerana masyarakat yang besar mengalami proses industrilisasi, urbanisasi dan modenisasi yang mengutamakan kepentingan individu daripada komuniti. |