gravity wave | gelombang graviti | Sains Marin | Tiada | Gelombang yang tertakluk pada daya graviti dan daya keapungan yang dijana di permukaan bebas lapisan tunggal seperti di permukaan laut atau di batas, di antara lapisan atau di dalam medium yang berstrata stabil. Gelombang graviti pada permukaan udara laut dikenali sebagai gelombang graviti permukaan, manakala gelombang yang berada dalam jasad air pula dikenali sebagai gelombang dalaman. Gelombang yang disebabkan oleh angin pada permukaan air adalah seperti gelombang graviti yang menghasilkan tsunami dan pasang surut lautan. |
coolant hydrometer | hidrometer pendingin | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Meter yang digunakan untuk menguji ketumpatan atau graviti tentu suatu campuran bendalir pendingin. Maklumat graviti tentu bagi campuran bendalir pendingin digunakan untuk menentukan titik beku bendalir pendingin. |
center of gravity | pusat graviti | Sains Sukan | Biomekanik | Pusat tumpuan jisim dan berat yang diseimbangkan dalam semua arah. Contohnya, bagi objek yang berbentuk sekata atau simetri, pusat gravitinya terletak di tengah-tengah atau titik simetri objek tersebut. Bagi objek yang berbentuk tidak sekata, pusat graviti objek tersebut berkemungkinan boleh terletak di dalam objek atau pun di luar objek tersebut. |
specific gravity | graviti tentu | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Nisbah ketumpatan suatu bendalir berbanding dengan bendalir rujukan. Bagi cecair, bendalir rujukan adalah air pada suhu 20°C, iaitu 998 kg/m³. Manakala bagi gas bendalir rujukan adalah udara pada keadaan suhu dan tekanan piawai iaitu 1.225kg/m³. Contoh graviti tentu untuk minyak pelincir SAE30W pada suhu 20°C ialah 0.89. |
surface wave | gelombang permukaan | Sains Marin | Tiada | Gelombang mekanikal yang menyebar di sepanjang muka antara media yang berbeza. Contohnya, gelombang graviti di sepanjang permukaan cecair seperti gelombang lautan. Gelombang graviti juga boleh berlaku dalam cecair, iaitu antara dua cecair dengan kepadatan yang berlainan. |
specific gravity | graviti tentu | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Nisbah berat satu larutan berbanding dengan berat air. |
specific gravity | graviti tentu | Pertanian | Tiada | Berat relatif sesuatu bahan bagi sesuatu isi padu, tidak termasuk isi padu ruang liang, dibandingkan dengan berat air suling pada isi padu yang sama dan pada suhu tertentu. |
gravitational analysis | analisis graviti | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Penentuan wilayah fungsian yang menumpukan perhatian kepada daya tarikan antara bahagian pusat. |
specific gravity of preservative | graviti spesik pengawet | Perhutanan | Tiada | Nisbah berat pengawet yang mempunyai isi padu tertentu berbanding dengan berat air yang mempunyai isi padu yang sama, pada suhu dan tekanan piawai. |
oleometer | oleometer | Kimia | Kimia Analisis | Peranti untuk mengukur graviti tentu minyak dan untuk menentukan kadar kandungan minyak dalam sesuatu bahan. |