legal expense insurance | insurans belanja guaman | insurans | Tiada | Insurans kumpulan yang membayar belanja guaman untuk ahli berdasarkan jadual yang ditetapkan. |
legal mortgage | gadai janji guaman | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
Messrs | Tetuan | Perniagaan | Tiada | Panggilan atau nama yang biasa digunakan untuk syarikat perniagaan seperti firma guaman dan lain-lain |
claim expense | belanja tuntutan | insurans | Tiada | Perbelanjaan bagi menyelaras tuntutan untuk mengambil kira kos siasatan dan fi guaman. Ini tidak termasuk kos tuntutan berkenaan. |
victim advocacy | advokasi mangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Bantuan dan sokongan profesional yang diberikan oleh seseorang individu atau secara berkumpulan kepada mangsa terrmasuklah sokongan dari segi emosi, bantuan guaman dan kewangan. Contohnya, sekumpulan ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak asasi wanita membuat advokasi tentang keganasan rumah tangga. |
civil rights | hak awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak yang dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan atau status yang dilindungi mengikut perlembagaan atau undang-undang. Hak awam terdiri daripada dua jenis iaitu hak asasi manusia dan hak politik. Hak asasi manusia seperti hak mendapat layanan adil daripada kerajaan, hak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama, proses perbicaraan yang adil sama ada dari sudut layanan atau guaman. Hak awam ini menolak perbicaraan yang tidak adil termasuk hukuman yang berat sebelah, diskriminasi agama, etnik atau kelas, penangkapan yang tidak berasas dan juga keganasan pihak berkuasa. Hak politik pula merupakan teras kepada kebebasan dan kesejahteraan masyarakat. Hak asasi politik juga antara lain termasuk kebebasan bersuara dan beragama, membantah secara aman terhadap dasar kerajaan serta kebebasan menganggotai sesebuah organisasi atau kesatuan. |