Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.ba.han] | ݢوبهن

Definisi : 1. bunga dll yg digubah; 2. karangan (cerita dll), ciptaan lagu: banyak cerpen ~nya disiarkan dlm majalah mingguan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.ba.han] | ݢوبهن

Definisi : 1 bunga dsb yg telah disusun; susunan bunga dsb. 2 lagu dsb yg digubah; hasil drpd menggubah sesebuah lagu; ciptaan: Sajak ~nya telah disiarkan dlm majalah Dewan Masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gubahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reductionpenyingkatan; penyempitan (makna), gubahan susunanKesenianTiadaTiada
missa pro defunctismissa requiemMuzikTiadaMissa untuk orang yang telah meninggal dunia. Kandungan teks bagi gubahan jenis ini biasanya merangkumi gerakan atau bahagian seperti introit (Requiem aeternam), kyrie, graduate (Requiem aeternam) dan tract (Absolve, Domine), sequence (Dies Irae, dies ilia), offertory (Domine Jesu Christe), sanctus dan benedictus, agnus dei, communion (Lux aeterna luceat eis,Domine), dan responsory (Libera me). Teks missa requiem biasanya dalam bahasa Latin atau bahasa Jerman. Gubahan muzik berdasarkan teks missa requiem ini dipelopori Ockeghem sekitar tahun 1470. Semenjak abad ke-16, beratus-ratus karya requeim telah dihasilkan. Palestrina, J.C. Bach, Cherubini, Verdi, Berlioz dan Beethoven adalah antara komposer yang telah menghasilkan karya jenis ini. Contoh karya adalah seperti Requiem Mass D minor, K. 626 (1791) oleh Mozart, Ein Deutsches Requiem, Op.45 (1868) oleh Brahms, dan War Requiem (1961) oleh Britten.
nocturnenokturnKesenianTiadaGubahan muzik yang menggambarkan suasana romantis malam.
madrigalmadrigalKesenianTiadaGubahan vokal sekular lazimnya tanpa iringan untuk dua atau tiga suara di awal abad keempat belas.
compositionkomposisiKesusasteraanTiadaGubahan karangan yang lebih mementingkan unsur-unsur yang membangunkan karya dalam mencapai suatu kriteria yang tersusun, seimbang dan tepat bagi menghasilkan karya kesusasteraan.
junk artseni barang terbuangPelanconganTiadaGubahan yang terhasil daripada bahan yang sudah rosak dan tidak dikehendaki.
neoclassicismneoklasisismeKesenianTiadaAliran abad ke-20 dalam gubahan muzik sebagai revolusi terhadap gaya romantik dengan kembali kepada bentuk dan idea zaman klasik.
novelettenoveletKesenianTiadaIstilah yang diperkenalkan oleh Schumann bagi gubahan romantik gaya bebas, mengandung pelbagai tema, contohnya Opnozi.
parodyparodiKesusasteraanTiadaBentuk puisi ringan yang merupakan suatu gubahan, mengandungi unsur-unsur mengejek secara serius terhadap sebuah karya asal seseorang pengarang.
qi?�ahqi?�ahKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qit�ah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qit�ah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qit�ah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qit�ah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e sa�y-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu sa�y-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; �Laysa lilk-insni illa ma-sa`�a�. Ertinya: �Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan!� Dalam sastera Arab, qit�ah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam sastera Melayu, qit�ah ialah sejenis puisi yang panjangnya tidak menentu dan iramanya tidak teratur, isinya mengandungi pengajaran yang baik dan nasihat yang berguna. Contohnya, qit�ah yang dipetik daripada Taju�s-Salatin oleh Bukhari al-Jawhari: Jikalau kaulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kau dapat bedakan pada antara rakyat dan sultan, Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman, Kullu man �alayha fan, Barang siapa yang di atas bumi itu lenyap jua. Lihat juga al-ghazal, al-qasidah.
12

Kembali ke atas