Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. benda yg tumbuh banyak-banyak pd setangkai (buah-buahan), benda yg sama jenisnya (anak kunci dll) yg dikumpulkan dalam satu ikatan, rangkai, kelompok, tompok: se~ rambutan; 2. = gugusan serangkai, sekelompok, setompok: ~ pulau-pulau; 3. (Lin) urutan unsur linguistik yg berupa bunyi atau golongan kata: ~ konsonan; ~ akhir (Lin) gugus konsonan yg letaknya di akhir suku kata, mis ks dlm kompleks; ~ awal (Lin) gugus konsonan yg letaknya di awal suku kata, mis pr dlm prasejarah; ~ konsonan (Lin) gabungan dua konsonan atau lebih yg berurutan dlm satu suku kata, mis kl dlm klasik dan pr dlm protes; bergugus-gugus berkelompok-kelompok (bkn pulau, bintang, buah-buahan dsb), bertompok-tompok: setengah-setengah pokok kelapa itu sudah berbuah dgn lebatnya ~ pd tandannya; gugusan sesuatu yg berada dlm kelompok: ~ pulau-pulau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 benda yg tumbuh banyak-banyak pd satu tangkai (biasanya buah-buahan); benda yg sama jenisnya (spt anak kunci) dan dikumpulkan dlm satu ikatan: Se~ rambutan berharga lima ringgit. 2 = gugusan beberapa benda (spt pulau) yg berada dlm kumpulan dan dikira satu; kelompok: ~ Pulau Melayu; ~ bintang. bergugus-gugus berkumpul dlm satu kumpulan; berkelompok-kelompok; banyak gugusnya: Buahnya lebat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugus


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
incantationmanteraKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud �rumus yang berentak� atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas�.

Kembali ke atas