Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.gu.san] | ݢوݢوسن

Definisi : sesuatu yg berada dlm kelompok: ~ pulau-pulau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gu.san] | ݢوݢوسن

Definisi : serangkai, sekelompok, setompok: ~ pulau-pulau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.gu.san] | ݢوݢوسن

Definisi : beberapa benda (spt pulau) yg berada dlm kumpulan dan dikira satu; kelompok: ~ Pulau Melayu; ~ bintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gugusan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
linked clustergugusan terpautFizikNanoteknologiGugusan yang terdiri daripada zarah emas yang disalut dengan semburan halus tiol N-asetilsisteina (RSH) yang dapat disambung dengan metana -CH3. Molekul berantai ini terumbai keluar daripada permukaan zarah. Gugusan zarah ini terdiri daripada susunan dua dimensi zarah nano bersaiz 500 nm, yang bersambung antara satu sama lain dan dapat dimendapkan ke atas permukaan rata.
micellemiselFizikNanoteknologiGugusan molekul surfaktan yang terserak dalam cecair koloid. Suatu misel yang tipikal dalam larutan akues membentuk gugusan sfera dengan bahagian hadapan hidrofilik bersentuhan dengan pelarut di sekelilingnya. Misel juga berbentuk elips, silinder atau dwilapisan.
jellium modelmodel jeliumFizikNanoteknologiModel yang mengandaikan suatu gugusan atom sebagai suatu atom besar. Cas nukleus setiap atom dianggap bertaburan secara seragam di dalam sfera bersaiz gugusan tersebut. Aras tenaga dalam model ini diperoleh daripada penyelesaian persamaan Schrodinger seperti yang dilakukan untuk atom hidrogen.
cluster analysisanalisis gugusanBioinformatikBioinformatik Molekul-
nanoclusternanogugusanFizikNanoteknologiGugusan nanozarah berbagai-bagai saiz antara 1 nm - 100 nm. Nanogugusan mempunyai sifat tertentu, iaitu antara sifat molekul dan sifat bahan pukal. Nanogugusan logam dipakai dalam proses sintesis kimia sebagai pemangkin.
nanoparticle reactivitykereaktifan nanozarahFizikNanoteknologiKeaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm.
nanoparticlenanozarahFizikNanoteknologiZarah yang terdiri daripada gugusan atom atau molekul yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Sifat fizik nanozarah, seperti sifat elektrik, optik dan magnet mungkin berbeza dengan sifat fizik bahan pukal yang asal kerana bahan bersaiz kecil yang kurang daripada 100 nm mengalami kesan kuantum. Contohnya, nanozarah emas kelihatan berwarna merah tua. Nanozarah berpotensi dipakai secara meluas dalam bidang bioperubatan, optik dan elektronik.
footunit matraKesusasteraanTiadaSatu unit ritma yang mengandungi satu pasangan atau gugusan suku kata, panjang atau pendek, yang ditekankan atau tidak ditekankan.
passivated nanoparticlenanozarah mempasifFizikNanoteknologiKeadaan nanozarah yang menyalut sesuatu permukaan bagi menghalang hakisan, pencemaran atau menambah kestabilan sifat elektrik. Biasanya gugusan nanoemas digunakan untuk membentuk monolapisan berskala 1 nm - 10 nm.
marginal trenchparit pinggirSains MarinTiadaLekukan lantai laut dalam yang panjang, sempit dan mempunyai sisi secara relatifnya curam yang boleh menghasilkan gugusan dalam pandangan kasar seperti gunung berapi aktif yang meletus dan terjadi pada plat tektonik yang bertembung. Parit pinggir terjadi di kawasan yang mengalami tekanan topografik yang lazimnya kelihatan mengikuti luaran pinggir benua.
12

Kembali ke atas