Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll); ~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis; ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai); gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya; menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;menggulaikan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula I

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hebal lozengelozeng herbaHerbaTiadaSediaan herba dalam bentuk pepejal yang mengandungi gula dan gam. Lozeng digunakan untuk merawat penyakit berkaitan mulut dan kerongkong, batuk dan nafas berbau. Lozeng biasanya dikemam supaya melarut secara perlahan-lahan. Contohnya, gula-gula berubat herba.
sugar substitutegantian gulaSains KesihatanTiadaGula gantian yang memberikan rasa manis, tetapi mungkin membekalkan atau tidak membekalkan kalori.
sugar rushdadak gulaKesihatanTiadaKegembiraan atau euforia yang disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan.
xylosexilosaHerbaTiadaFormula C5H10O5. Gula pentosa aldosa yang terdapat dalam kebanyakan tumbuhan berkayu seperti dalam lalang, tebu dan serat biji yang berguna dalam pemanis bukan nutritif. Xilosa dikenali juga sebagai gula kayu.
glycosideglikosidaHerbaPemiawaianKumpulan sebatian organik yang terdiri daripada gabungan antara sebatian organik dengan molekul gula seperti glukosa, manosida, fruktosa dan galaktosida. Glikosida boleh dihidrolisis kepada gula dan sebatian organik (aglikon). Bahan glikosida banyak terdapat dalam herba seperti daun tenggek burung (Melicope ptelefolia) dan buah mengkudu (Morinda citrifolia).
beatpukul; putarPentadbiran PerniagaanTiada1. Pukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,2. Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar.
beatdenyut ; pukul; putarPentadbiran PerniagaanTiada1. Pukul: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memukul.,2. Putar: Proses memasukkan udara ke dalam bahan atau campuran bahan seperti telur, krim dan gula dengan cara memutar.
bubble gum flavourperisa gula getahUmumTiadaTiada
sugar-coated flour confectionerykonfeksioneri tepung bersalut gulaMakanan dan PemakananTiadaTiada
xylanxilanHerbaTiadaSebatian gula karbohidrat jenis pentosan yang terdapat dalam lalang, tebu, sekam dan terutamanya dalam kayu tumbuhan luruh. Xilan apabila dihidrolisis akan menghasilkan pentosa dan xilosa.
1234

Kembali ke atas