Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.la.gu.la] | ݢولا٢

Definisi : 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.la.gu.la] | ݢولا٢

Definisi : 1 bermacam-macam makanan yg dibuat drpd gula; makanan yg dibuat drpd gula utk dikulum atau dikemam. 2 apa-apa yg menyenangkan hati: diberi ~ diberi sesuatu yg menyenangkan hati. ~ getah gula-gula yg dicampuri getah dan diberi berperisa utk dikunyah-kunyah, bukan utk ditelan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gula-gula

Puisi
 

Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa;
     Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Bagai susu dengan sakar,
     dibuat tengguli.

Bermaksud :

Sangat padan; bersetujuan benar. sakar = gula; tengguli = air gula.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
confectionarykedai gula-gulaPentadbiran PerniagaanTiadaKedai yang menjual manisan atau gula-gula dan kadang kala kandi dan aiskrim.
confectionerpembuat gula-gulaPentadbiran PerniagaanTiadaOrang yang membuat manisan atau gula-gula dan kadang kala kandi dan aiskrim.
confectionerykonfeksioneriMakanan dan PemakananMakananKumpulan manisan yang kaya dengan gula dan karbohidrat. Konfeksi terbahagi kepada dua pengelasan, iaitu konfeksi reroti dan konfeksi gula. Konfeksi reroti atau konfeksi tepung merangkumi pastri manis, kek dan produk sepertinya. Konfeksi gula termasuk gula-gula, gula berkacang, coklat, gula getah, manisan dan produk konfeksi lain yang diperbuat daripada gula sahaja.
lollygula-gulaPendidikanTiadaTiada
lollygula-gulaEkonomiTiadaTiada
bonbon bowlcepu gula-gulaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
confectionkonfeksiPentadbiran PerniagaanTiada1. Pepejal lembik bak gula-gula untuk memasukkan bahan-bahan berubat, untuk tujuan awetan atau memberikan bentuk yang lebih mudah.,2. Masakan biasanya kuih atau cairan yang manis rasanya.
confectionkonfeksiMakanan dan PemakananTeknologi MakananSebarang proses pembuatan halwa atau manisan seperti gula-gula, makanan awetan dan karamel.
automatic vending serviceservis mesin automatikPentadbiran PerniagaanTiadaServis makanan yang makanan dan minumannya dikeluarkan oleh mesin seperti sandwic, coklat, gula-gula dan minuman sejuk dan panas.
hebal lozengelozeng herbaHerbaTiadaSediaan herba dalam bentuk pepejal yang mengandungi gula dan gam. Lozeng digunakan untuk merawat penyakit berkaitan mulut dan kerongkong, batuk dan nafas berbau. Lozeng biasanya dikemam supaya melarut secara perlahan-lahan. Contohnya, gula-gula berubat herba.
12345678910...

Kembali ke atas