pilling | gumpalan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Keadaan permukaan permaidani akibat penggunaan yang lasak, apabila serat dari pelbagai jambak benang bersimpul antara satu sama lain dan membentuk gumpalan keras. Gumpalan ini boleh dipotong menggunakan gunting. |
flocculation | pengelompokan | Fizik | Nanoteknologi | Proses apabila pelarut terkeluar daripada suatu larutan dalam bentuk kepingan atau gumpalan. Proses ini berlaku apabila zarah halus mengelompok bersama membentuk kepingan atau gumpalan. Kepingan atau gumpalan ini kemudiannya timbul ke permukaan cecair atau mendap ke bawah dan dapat ditapis dengan mudah. |
agglomerate | aglomerat | Nanoteknologi | Tiada | Gumpalan nanozarah yang terbentuk melalui tindak balas daya yang lemah seperti daya van der Waals atau ikatan kusut fizikal yang mudah. Luas permukaan yang terhasil adalah serupa dengan jumlah luas permukaan komponen individu. Nisbah luas permukaan dengan isi padu yang tinggi memberikan tenaga permukaan yang tinggi, untuk meminimumkan tenaga permukaan nanozarah menghasilkan aglomerat. Tindak balas ini menyebabkan berlakunya proses lekatan di antara nanozarah hingga membentuk zarah bersaiz lebih besar. |
aggregate | agregat | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Gumpalan nanozarah yang terbentuk hasil daripada proses pelakuran mempunyai ikatan yang kuat. Luas permukaan yang terhasil lebih kecil daripada jumlah luas permukaan komponen individu rantai. |
bow fender | dapra (ha)luan | Pelayaran | Tiada | Gumpalan tali usang yang berbalut dan mengecil pada kedua-dua hujung, dipasang melintang pada linggi bot tunda. |
large porous particle (LPP) | zarah besar berliang (LPP) | Fizik | Nanoteknologi | Satu zarah besar bersaiz 5 mikrometer dan berketumpatan rendah sekitar 0.1 g/cm3 dan mempunyai liang. Zarah ini digunakan sebagai pengangkut zarah nano seperti ubat ke dalam jantung. Zarah ini bersifat mudah tersebar dan tidak membentuk gumpalan. |
atmosphere | suasana | Kesusasteraan | Tiada | Kesan yang dicipta dan dipertahankan dalam sesebuah karya sastera untuk menimbulkan persekitaran emosi yang tertentu. Kesan ini diperoleh melalui penggunaan dialog, latar, pemerian dan sebagainya serta menggabungkan perincian fizikal dan psikologikal. Suasana bertujuan untuk membangkitkan rasa dan nada yang menyelubungi sesebuah karya secara menyeluruh seperti suasana nestapa yang meruntum, suasana marah yang mengelodak, atau suasana seram yang meremangkan. Sekiranya ditangani dengan baik, suasana yang dibangkitkan itu dapat dirasakan sebagai suatu kehadiran yang ketara untuk memperhebat karya. Suasana berasal daripada perkataan Yunani atmosphere yang bermaksud �gumpalan wap�. Lihat juga mood. |