sealer gun | penembak kedap | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyembur yang mengandungi bahan kedap yang beroperasi secara manual atau menggunakan tekanan udara. |
spray gun | penembak sembur | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat tangan yang digunakan dalam kerja menyembur, terutama pengecatan. |
electron gun | senapang elektron | Fizik | Nanoteknologi | Struktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron. |
automachine welding gun | pengimpal auto | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Mesin pengimpal automatik yang digunakan untuk mengimpal panel yang tidak dapat dikimpal oleh robot. |
inside spray gun | penyembur dalam | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyembur yang digunakan untuk mengecat bahagian dalam kereta. |
portable spot gun | muncung kimpal mudah alih | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Muncung kimpal bintik yang boleh dipilih mengikut jenis kerja. |
spot weld gun | penembak kimpal bintik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang digunakan untuk mengetap kepingan logam yang hendak dicantumkan. |
goose neck spray gun | penembak sembur leher angsa | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyembur cat yang bermuncung panjang, dan digunakan untuk mengecat bahagian tertentu. |
long grip spray gun | penyembur panjang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyembur yang digunakan untuk mengecat bahagian bawah kereta. |
off set spray gun | penyembur bujur | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penyembur yang mengeluarkan semburan bentuk bujur pada sudut 10� - 15�. |