computer abuse | salah guna komputer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Penyalahgunaan komputer dengan mengubah, mengganggu atau memusnahkan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat, sama da untuk meraih keuntungan ataupun sabotaj. Lihat juga salah guna keistimewaan. |
location quotient (L.Q.) | hasil bahagi letakan | Ekonomi | Tiada | Peratus guna tenaga dalam suatu kategori pekerjaan bagi satu unit kawasan dibahagi dengan jumlah peratusan guna tenaga dalam kawasan yang sama. Kaedah ini digunakan untuk pengiraan pengkhususan sesuatu industri dalam satu wilayah. |
location quotient (L.Q.) | hasil bahagi letakan | Ekonomi | Tiada | Peratus guna tenaga dalam suatu kategori pekerjaan bagi satu unit kawasan dibahagi dengan jumlah peratusan guna tenaga dalam kawasan yang sama. Kaedah ini digunakan untuk pengiraan pengkhususan sesuatu industri dalam satu wilayah. |
Vernam cipher | sifer Vernam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan sifer alir yang menggunakan kaedah yang sama dengan pad sekali guna. Kaedah ini dicipta oleh Gilbert S. Vernam dari Syarikat AT & T bertujuan untuk penyulitan data pada sistem komputer pita tebuk. Suatu rentetan nombor rawak dijana mengikut panjang aksara mesej yang ingin disulitkan. Setiap aksara dalam mesej berkenaan akan diwakilkan dengan nombor. Contohnya, A=0, B=1, C=2 hingga Z=25. Bagi setiap aksara, nilai perwakialan nombornya akan ditambahkan dengan nombor rawak yang dijanakan untuk kedudukan yang sama dalam mesej dan kemudiannya dimodulus 26. Seterusnya, hasil tersebut akan ditukarkan ke bentuk abjad dengan menyongsangkan kaedah perwakilan nombor. Contohnya, 0=A, 1=B, 2=C hingga 25=Z. Proses yang sama akan berulangan sehingga keseluruhan mesej disulitkan. |
hydroblade | pisau selam | Perikanan | Tiada | Pisau khusus pelbagai guna yang digunakan oleh penyelam. Pisau ini boleh digunakan sama ada untuk melepaskan diri sekiranya penyelam tersangkut, memungut sampel di dasar laut atau sebagai alat mempertahankan diri daripada serangan ikan yang ganas. |
loop gain | gandaan gelung | Kejuruteraan | Tiada | 1. Jumlah gandaan kuasa boleh guna bagi pangkalan pembawa atau pengulang dua dawai.,2. Hasil darab ciri-ciri pindah bagi semua unsur litar penguat operasi, sama ada aktif atau pasif, yang ditemui di sepanjang gelung, bermula dari sebarang titik dan kembalik ke titik itu. |
trench coat | kot trenc | Kesenian | Tiada | Kot serba guna yang dibuat daripada fabrik kalis air, bercirikan kolar boleh ubah, berbres dubel, berlapel lebar, berpoket seluk, berepaulet dan berbelah di bahagian tengah belakang. Kenditnya dibuat daripada fabrik yang sama dengan fabrik kot. Bahagian belakangnya berpelepah bahu mendatang yang menganjur ke bahu hadapan. Biasanya dipakai oleh pegawai tentera British ketika Perang Dunia Pertama. Pakaian ini kemudiannya diubahsuai menjadi kot kelasi wanita pada tahun 1940-an. |
day use rate | kadar guna siang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Kadar bayaran untuk tetamu yang menginap di hotel pada waktu siang sahaja. 2. Kadar bayaran untuk tetamu yang menginap di hotel tidak sampai satu malam, biasanya tetamu mendaftar masuk dan keluar hotel pada hari yang sama. |
tataletak | tataletak | Kesenian | Tiada | Aturan yang menetapkan tempat atau kedudukan ukiran pada bangunan sama ada di tingkap, di dinding, di bumbung, atau sebagainya, agar tidak bercanggah dengan adat resam, kepercayaan, nilai kecantikan, nilai guna dan sebagainya. |
loanable fund | dana boleh pinjam | Ekonomi | Tiada | Dana yang ditawarkan ke pasaran wang untuk dipinjam. Dua sumber yang menyumbangkan kepada dana pinjaman, iaitu bank perdagangan, dan penabung yang terdiri daripada individu, syarikat, dan kerajaan. Individu menabung sebahagian daripada pendapatan boleh guna, syarikat menabung elaun susut nilai dan sebahagian daripada perolehan tersimpan, sementara kerajaan menabung lebih hasil cukai. Tabungan dianggap dana pinjaman hanya apabila tabungan itu ditawarkan untuk dipinjam, sama ada secara langsung kepada peminjam atau melalui pengantara kewangan seperti bank. |