guyot | guyot | Sains Marin | Tiada | Gunung berapi yang mempunyai puncak yang rata, lebih daripada 200 m (660 kaki) dari bawah permukaan laut. Hakisan ombak memusnahkan bahagian atasnya lalu membentuk puncak leper yang rata. Kebiasaannya gunung berapi ini mempunyai kecerunan sekitar 20 darjah dan diklasifikasikan sebagai guyot pada ketinggian 914 m. Guyot biasanya dijumpai di Lautan Pasifik. Guyot dikenali juga sebagai gunung laut atau gunung meja. |
basaltes | basaltes | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barangan yang diperbuat daripada batu gunung berapi yang berwarna hitam dan keras, yang diperkenalkan oleh Josiah Wedgewood di Etruria, Staffordshire, England. Pada tahun 1768, barangan Wedgewood hitam ini telah dikembangkan menjadi barangan tembikar berwarna, yang dikenali sebagai Egyptian black oleh pembuat tembikar di Staffordshire. |
tsunami | tsunami | Sains Marin | Tiada | Ombak laut yang besar dan ganas akibat gempa bumi atau letupan gunung berapi yang berlaku di daratan atau di bawah laut. |
seismic wave | gelombang seismos | Sains Marin | Tiada | Gelombang tenaga yang bergerak melalui lapisan bumi yang terhasil daripada gempa bumi, letusan gunung berapi, pergerakan magma, tanah longsor yang besar dan juga letupan yang dilakukan oleh manusia yang memberikan tenaga bunyi pada frekuensi rendah. |
imogolite nanotube | nanotiub imogolit | Fizik | Nanoteknologi | Nanotiub berdinding tunggal galian imogolit aluminosilikat dengan stoikiometri (HO)3Al2O3SiOH dan terdapat secara semula jadi dalam tanih gunung berapi. Nanotiub imogolit mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas dalam nanoteknologi antaranya, dalam pemisahan molekul, storan molekul, dan pemangkinan. |
island arc | lengkok kepulauan | Sains Marin | Tiada | Rantaian kepulauan yang terbentuk daripada lantai laut dalam dan hampir dengan benua yang terdiri daripada rangkaian gunung berapi. Pembentukannya berpunca daripada pergerakan plat tektonik. Kebanyakan lengkok kepulauan ini terhasil sebagai satu plat tektonik lautan yang menjurus ke dalam antara satu sama lain yang dapat menghasilkan magma pada kedalaman di bawah plat yang bertindih. Contoh muka bumi ini banyak terdapat di kepulauan Kurel (Russia) dan kepulauan Jepun. |
marginal trench | parit pinggir | Sains Marin | Tiada | Lekukan lantai laut dalam yang panjang, sempit dan mempunyai sisi secara relatifnya curam yang boleh menghasilkan gugusan dalam pandangan kasar seperti gunung berapi aktif yang meletus dan terjadi pada plat tektonik yang bertembung. Parit pinggir terjadi di kawasan yang mengalami tekanan topografik yang lazimnya kelihatan mengikuti luaran pinggir benua. |
cinnabar lacquer | lakuer sinabar | Kesenian | Hiasan Dalaman | Sejenis kerja seni yang dihasilkan di China sejak berkurun yang lalu, yang dihasilkan dengan lakuer yang diwarnakan dengan sulfid merah yang mengandungi raksa. Sinabar ialah sejenis mineral yang terdapat di kawasan gunung berapi atau mata air panas. |
environmental hazard | bahaya alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan atau keadaan yang boleh memudaratkan persekitaran semula jadi atau memberikan kesan negatif terhadap kesihatan ekosistem. Bahaya alam sekitar merangkumi pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti manusia, contohnya pembakaran terbuka, pelepasan sisa toksik secara haram dan bencana alam seperti ribut, gempa bumi, banjir dan letusan gunung berapi. |