Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gu.rin.dam] | ݢوريندم

Definisi : sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran); bergurindam melafazkan gurindam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gu.rin.dam] | ݢوريندم

Definisi : sajak dua baris yg berisi nasihat atau pengajaran. bergurindam membaca atau menyebut gurindam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gurindam

Peribahasa

Nasi tak dingin,
     pinggan tak retak.

Bermaksud :

Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gurindamgurindamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah �Gurindam Dua Belas� karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam �Gurindam Dulu
rhymerimaKesusasteraanTiadaBunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris-baris puisi yang memunculkan satu pola bunyi yang jelas. Contohnya dalam pantun dan gurindam. Rima juga boleh ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima begini disebut sebagai rima tengah. Contoh rima dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Skema rima mengikuti suatu bentuk yang tetap atau bentuk yang longgar. Skema rima termudah dapat dilihat dalam bentuk kuplet. Contoh skema rima ialah: a,a,b,b, dan c,c atau bentuk kuatrin: a,b,a,b dan a,b,b,a. Lihat juga rima ekasuku, rima feminin, rima tengah.
proseprosaKesusasteraanTiadaKarangan yang ditulis dalam bahasa yang biasa dan bersifat pernyataan yang jelas seperti pertuturan seharian. Prosa tidak mempunyai sebarang corak atau bentuk yang tetap dan terkawal seperti yang terdapat dalam sajak, pantun, dan gurindam. Prosa digunakan dalam penulisan esei, cerpen, novel, dan hikayat. Perbezaan antara puisi dengan prosa adalah kurang jelas. Perbezaan yang paling ketara mungkin dapat dilihat dalam bentuknya pada sesuatu muka surat. Puisi dibentangkan dalam bentuk baris-baris yang berbeza panjangnya, diatur dalam bentuk stanza yang distrukturkan, tetapi prosa dibentangkan dalam bentuk yang mengalir dengan bebas, sesekali diganggu oleh pembahagian perenggan. Perkataan prosa atau proversa oratio berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �wacana terus terang�.
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput
intonationintonasiKesusasteraanTiadaPerubahan nada suara semasa ujaran atau bercakap. Nada suara ini memperlihatkan sikap pengucap, seperti menyindir, marah dan hairan. Intonasi membezakn sesuatu ujaran itu sama ada pernyataan atau persoalan. Contohnya, pernyataan biasa seperti �kami akan pulang� boleh dijadikan sesuatu soalan dengan mengubah nada suara daripada rendah kepada tinggi. Intonasi banyak digunakan dalam deklamasi sajak, membaca gurindam dan syair.
folk poetrypuisi rakyatKesusasteraanTiadaPuisi yang disampaikan secara lisan. Puisi rakyat biasanya bersifat lirik, iaitu ungkapan puitis yang dapat digunakan untuk seni kata dalam lagu, cerita, ucapan, dan kegiatan harian. Puisi rakyat biasanya berbentuk pendek, bersukat dan berpola, amat terikat dengan keperluan bait, baris dan rima agar mudah dihafal dan diingati. Namun, terdapat juga bentuk berangkap yang lebih longgar strukturnya dan lebih panjang. Contoh bentuk pendek yang terikat ialah pantun, terutamanya pantuan dua kerat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Puisi lisan yang lebih panjang dan longgar ialah mantera, seloka, manakala ungkapan berirama seperti talibun, teromba, gurindam, dan perbilangan. Lihat juga mantera, talibun, teromba.

Kembali ke atas