catch-up plan | pelan pencepat | Pendidikan | Tiada | Tindakan susulan yang singkat bagi tempoh pemulihan segera dengan berpandukan analisis kandungan asas kurikulum untuk guru-guru membantu murid yang tidak dapat menguasai tajuk pembelajaran ketika pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). |
networked learning | pembelajaran terangkai | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru, atau guru dengan guru dari institusi yang berbeza melalui persekitaran pembelajaran secara dalam talian. Bahan pembelajaran digital boleh dikongsi dan diguna pakai bersama. |
synchronous learning | pembelajaran segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi pada masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi yang sama. Kemudahan seperti sidang video atau telesidang digunakan jika pelajar dan guru berada di lokasi yang berbeza. Banding pembelajaran tak segerak. |
show and tell session | sesi tunjuk dan terang | Pendidikan | Tiada | Kaedah pembelajaran dengan cara guru menunjukkan objek yang diketahui oleh murid dan memberitahu mereka di hadapan kelas secara bergilir-gilir. Kaedah ini selalunya menggunakan barang peribadi, makanan kegemaran dan juga gambar. |
asynchronous learning | pembelajaran tak segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi bukan dalam masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi berbeza. Pelajar boleh menggunakan kemudahan pembelajaran seperti bilik darjah, komputer dan bahan pengajaran yang sama, tetapi mengikut giliran penggunaan pada waktu yang berbeza. Banding pembelajaran segerak. |
self learning | pembelajaran kendiri | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar secara sendiri tanpa bantuan guru atau pelatih. Pembelajaran ini lebih mudah dengan adanya teknologi Internet dan e-pembelajaran. |
recursive feedback | maklum balas rekursif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Reaksi atau maklum balas yang diberikan secara berulang oleh guru, rakan, atau perisian terhadap sesuatu tugasan, pentaksiran, aktiviti pembelajaran, atau maklum balas terhadap maklum balas sebelumnya. |
virtual learning environment (VLE) | persekitaran pembelajaran maya | Pendidikan | Tiada | Sebuah platform berasaskan web untuk pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar secara dalam talian. |
high-stake testing | ujian kepentingan tinggi | Pendidikan | Tiada | Program pentaksiran yang keputusannya mempunyai kesan yang penting kepada pelajar, guru, sekolah, atau negara, seperti kepentingan dari segi kenaikan kelas, pensijilan, dan pengijazahan. |
kawi | kawi | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang dianugerahkan ilham, mempunyai pengetahuan, atau yang dapat meramalkan masa hadapan. Para kawi biasanya dalam kalangan guru atau rishi. Seterusnya, kawi yang lebih khusus merujuk kepada penyair, dan para kawi ini dikenali di Jawa. Kawi berasal dariapda perkataan Sanskrit kavi bermaksud �pemuisi�. Lihat juga kakawin. |