arid belt | kawasan gersang | Geografi | Tiada | Kawasan kering meliputi gurun-gurun utama bumi yang kekurangan hujan dan keamatan sejatan telah mengehadkan tumbuh-tumbuhan. |
desert locust | belalang gurun | Biologi | Tiada | Belalang yang terdapat di padang rumput di Afrika dan di Asia. Belalang ini berpindah dari satu tempat ke satu tempat dalam kelompok yang besar dan perpindahannya mengikut gerakan sistem tekanan rendah yang membekalkan hujan untuk kemandirian telurnya di dalam tanah. |
melodrama | melodrama | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama yang mempersembahkan hiburan yang bersifat sensasi dan penuh dengan emosi. Persembahan biasanya secara berlebih-lebihan dengan gambaran aksi ganas dan berdarah, berlatarkan gurun dan petir serta memaparkan makhluk sihir, hantu dan jembalang. Watak utama bersifat hitam putih dengan watak baik terlalu suci murni, sementara watak jahat pula terlalu durjana. Bentuk drama ini berasal dari Peancis dalam dekad 1760-an dan berkembang di Jerman beberapa tahun kemudian. Kebanyakan drama televisyen dan filem masa kini menggunakan bentuk drama ini, terutama sekali filem Hindustan. Antara contoh melodrama ialah Sweeney Todd: The Domon Barber of Fleet Street dan Under the Gaslight. |
biome | biom | Sains Marin | Tiada | Suatu komuniti yang terdiri daripada berbagai-bagai jenis tumbuhan dan haiwan yang mempunyai ciri-ciri atau sifat yang sama bagi persekitaran yang didiami oleh komuniti tersebut. Biom ialah komuniti biologi unik yang terbentuk hasil daripada tindak balas terhadap iklim fizikal yang sama. Contoh ciri-ciri yang sama dimiliki oleh tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan gurun yang panas dan kering. Biom juga biasanya melibatkan kawasan yang luas dan boleh merentasi benua. Contoh biom adalah seperti biom tundra, biom gurun, biom laut dan biom akuatik. |
Egyptian style | gaya Mesir | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya perabot yang diperkenalkan pada zaman Mesir purba dari tahun 4000 SM hingga 300 M, yang berasaskan bentuk-bentuk piramid, batu obelisk, monolit, pilon dan tiang teratai. Bentuk perabot ini mengandungi peti, meja, kerusi lipat dan bangku berkaki silang serta tempat duduk yang diperbuat daripada kulit. Motif yang biasa digunakan adalah seperti cakera solar, sfinks, kambing gurun, mensiang, lili atau bakong. |