Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi hidrogen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf kelapan abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata h


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shi�r ?l-??m?s?hshi�r ?l-??m?s?hKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang dikaitkan dengan kebanggaan atau ketaksuban seseorang penyair terhadap kabilahnya sendiri. shi�r ?l-??m?s?h ini digunakan oleh penyair pada zaman Rasulullah SAW untuk mempertahankan Islam. Pada zaman berikutnya, shi�r ?l-??m?s?h dianggap sebagai puisi refleksi peperangan yang menyemarakkan semangat tentera Islam menghadapi peperangan. Pada zaman Abbasiah pula, penulisan shi�r ?l-??m?s?h berkurangan disebabkan tentera Islam tidak mendapat tentangan hebat daripada tentera bukan Islam. Antara penyair shi�r ?l-??m?s?h pada zaman Rasulullah SAW ialah Hassan ibn Thabit (Diwan), sementara pada zaman Abbasiah ialah al-Buhturi (H?m?s?h ?l-Buhturi). Lihat juga shi�r ?l-f?khr, shi�r ?l-hij?�.
versionversiKesusasteraanTiadaBentuk cerita yang berbeza walaupun berasal daripada cerita induk yang sama. Versi (cerita) muncul akibat proses penyebaran atau penyalinan sesuatu karya. Contohnya, teks Sej?r?h Mel?yu mempunyai beberapa versi, antaranya versi pendek yang dikenali sebagai N?skh?h R?ffles 18, dan versi panjang yang dikenali sebagai N?skh?h Abdull?h.
acidasidHerbaPemiawaianSebatian, molekul atau spesies kimia yang bercerai dalam air untuk mendermakan proton, H+ (asid Lowry-Bronsted) atau menghasilkan ion hidrogen, H+ (asid Arrhenius). Larutan asid mempunyai pH kurang daripada 7, rasanya masam, menukarkan kertas litmus biru kepada merah, bertindak balas dengan logam aktif untuk menghasilkan gas hidrogen, dan bertindak balas dengan alkali untuk menghasilkan garam dan air. Asid seperti H2SO4 digunakan sebagai pelarut dalam pengekstrakan alkaloid daun ketum (Mitragyna speciosa).
hydrogen electrodeelektrod hidrogenKimiaKimia AnalisisElektrod yang terdiri daripada elektrod logam lengai seperti platinum yang direndamkan ke dalam larutan yang mengandungi ion H dan bersentuhan dengan gas hidrogen. Pada suhu 25°C, tekanan gas hidrogen 1 atmosfera dan kepekatan ion H+ 1 molar, elektrod ini dikenali sebagai elektrod hidrogen piawai dan mempunyai dan mempunyai keupayaan sifar volt.
Heaviside step functionfungsi injak HeavisideFizikNanoteknologiFungsi yang tidak selanjar, diberi simbol H(x), bernilai sifar pada x < 0 dan 1 pada x > 0. Fungsi ini digunakan bagi menyatakan bilangan elektron yang terkurung dalam bintik kuantum, wayar kuantum dan bahan pukal sebagai fungsi tenaga. Contohnya, bilangan elektron N(E) terkurung dalam bintik kuantum ialah: N (E) = K0 ? di H (E ? Eiw) dengan, (N[E]=bilangan elektron, K0 = pemalar, di = kedegeneratan aras tenaga ke i dan E = tenaga elektron).
glass electrodeelektrod kacaKimiaKimia AnalisisSejenis elektrod pemilih ion berbentuk bebola yang mempunyai membran elektrod yang diperbuat daripada kaca yang nipis dan mengandung larutan asid hidroklorik yang kepekatan H+ tetap dan diketahui. Daya gerak elektrik elektrod kaca peka terhadap kepekatan H+ di dalam dan di luar membran kaca. Elektrod kaca juga boleh menjadi selektif terhadap Na+, K+ dan NH₄⁺, dengan mengubah-ubah komposisi kaca.
phallocentrismfalosentrismeKesusasteraanTiadaKecenderungan ke arah perspektif dan ideologi lelaki serta merendahkan atau menolak perspektif dan ideologi wanita. Contohnya, dalam novel D.H. Lawrence, suara dan tindak-tanduk watak wanita sering didominasi dan ditenggelamkan oleh suara dan tindakan watak lelaki. Falosentrisme sering digunakan dalam disiplin atau kritikan feminis dan dekonstruksi. Contoh terbaik mendedahkan falosentrisme ditemui dalam tulisan H�l�ne Cixous bertajuk The laugh of the Madusa yang mengkritik ciri-ciri falosentrisme dalam teori psikoanalisis Freud. Lihat juga dekonstruksi.
xylenezilenaKejuruteraan AutomotifEnjinPelarut yang mempunyai formula kimia C.H. Pelarut ini biasa digunakan untuk menyingkirkan gris dan cat pada kenderaan di bengkel servis atau bengkel cat.
objective theory of literatureteori objektif sasteraKesusasteraanTiadaTeori puisi sebagai objek seni autonomus. Istilah ini digunakan M.H. Abrams dalam karyanya The Mirror and the Lamp pada tahun 1953.
cationkationFizikNanoteknologiAtom atau molekul yang kehilangan satu atau lebih elektron menyebabkan atom dan molekul bercas positif. Contohnya, ion hidrogen (H+) dan ion ammonium (NH4+).
12345

Kembali ke atas