Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ba] | هاب

Definisi : 1. kepanasan hawa, bahang; 2. bentuk tenaga yg dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan; ~ pelakuran (Kim) haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ pemejalwapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal terus kpd wap tanpa melalui keadaan cecair pd suhu dan tekanan tertentu; ~ pendam (Fiz) haba yg diperlukan utk mengubah pepejal menjadi cecair atau wap (atau mengubah cecair menjadi wap); ~ pengewapan haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan cecair kpd wap pd takat didih bahan tersebut tanpa perubahan suhu; ~ penghabluran haba yg dibebaskan atau diserap apabila hablur terbentuk drpd larutan tepu sesuatu bahan; ~ tentu (Fiz) kepanasan yg diperlukan utk meninggikan suhu 1 gram sesuatu bahan sebanyak 1°C; berhaba mempunyai haba; menghabakan menjadikan berhaba, mema­nas­kan, membahangkan; penghabaan perihal menghabakan, pema­nasan, pembahangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ba] | هاب

Definisi : 1 kesan bahang yg dpt dirasai dr sesuatu benda yg panas; hawa yg panas. 2 tenaga yg dpt memanaskan sesuatu dan dpt ditukarkan menjadi tenaga sawat. ~ pelakuran ist haba yg diperlu­kan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair pd takat lebur bahan tsb tanpa perubahan suhu. ~ pendam ist haba yg diperlukan utk menukarkan sesuatu bahan pepejal kpd cecair atau wap, atau menukarkan cecair kpd wap tanpa perubahan suhu. berhaba 1 ada habanya. 2 terasa panas; berbahang. menghabakan mengeluarkan haba; membahangkan. penghabaan proses mengeluarkan haba: Hujan di kawasan benua Eropah adalah drpd jenis hujan per­olakan yg diakibatkan oleh ~ tanah daratan dlm musim dingin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haba (kata nama)
Bersinonim dengan kepanasan hawa, bahang;,
Kata Terbitan : penghabaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
residual heathaba bakiSains NuklearKejuruteraan ReaktorHaba yang tertinggal di dalam objek atau sistem selepas punca haba diberhentikan atau dikeluarkan.
radiatorpenyinarKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBekas penukar haba yang menyerap haba dari enjin dalam sistem penyejuk cecair.
resin curingpematangan resinBuluhTiadaKaedah untuk mematangkan perekat dengan kehadiran haba atau tanpa haba.
heat control valveinjap kawalan habaKejuruteraan AutomotifEnjinInjap yang dikawal secara termostatik dalam pancarongga ekzos dan berfungsi untuk melencongkan haba ke pancarongga pengambilan bagi memanaskan udara sebelum enjin mencapai keadaan operasi normal. Sinonim injap kawalan haba pancarongga.
critical heat flux (CHF)fluks haba gentingSains NuklearKejuruteraan ReaktorFenomena apabila perubahan fasa bahan penyejuk berlaku semasa pendidihan yang mengurangkan kecekapan pemindahan haba dan menyebabkan pemanasan setempat yang terlampau pada permukaan punca haba.
heat capacitymuatan habaFizikTiadaKuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sistem sebanyak satu darjah pada keadaan tertentu, biasanya pada tekanan malar atau isi padu malar.
calorimeterkalorimeterKimiaKimia AnalisisRadas yang digunakan untuk mengukur haba suatu bahan yang digunakan dalam proses tindak balas kimia, perubahan keadaan atau pembentukan larutan. Ia terdiri daripada satu logam yang diketahui kandungan haba dan mempunyai satu bekas jaket sebagai penebat haba.
heat sinkpenenggelam habaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti yang menyerap haba antara satu medium dengan yang lain.
heat rangejulat habaKejuruteraan AutomotifEnjinUkuran keupayaan palam pencucuh untuk memindahkan haba dari hujung badan penebat ke bahagian dalam kepala silinder. Julat ini ditentukan oleh jarak antara dua kedudukan tersebut. Jarak ini juga menentukan jenis palam pencucuh, iaitu sekiranya jarak tersebut lebih panjang, palam akan lebih panas dan sekiranya jarak lebih pendek, palam akan lebih sejuk.
ultimate heat sinksingki haba muktamadSains NuklearKejuruteraan ReaktorPersekitaran yang bertindak selaku penyerap haba yang terakhir daripada loji atau peranti tanpa perubahan suhu yang ketara.
12345678910...

Kembali ke atas