habitat modification | ubah suai habitat | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
domestication | domestikasi | Perikanan | Akuakultur | Pemindahan ternakan haiwan akuatik dari habitat liar ke sistem ternakan yang terkawal. Haiwan akuatik tersebut dipelihara supaya boleh hidup dalam keadaan baik seperti di habitat semula jadinya. Tujuan utama domestikasi adalah untuk pemuliharaan genetik, pembiakbakaan dan akuakultur. Contohnya, ikan siakap atau udang harimau dari perairan semula jadi yang dipindahkan untuk diternak di dalam tangki atau kolam. |
lacustrine | lakustrin | Sains Marin | Tiada | Sistem tanah lembap pedalaman dan habitat dalam air yang berkaitan dengan tasik dan takungan air tawar yang dicirikan oleh ketiadaan pokok, pokok renek dan tumbuh-tumbuhan baharu. |
cladocera | kladosera | Perikanan | Akuakultur | Sejenis haiwan daripada kumpulan krustasea atau kebiasaannya dikenali sebagai kutu air. Kladosera menghuni habitat berair tetapi jarang didapati di dalam laut. Kebanyakan kladosera bersaiz antara 0.2 – 6.0 mm panjang dengan kepalanya berpusing ke bawah, dan karapas yang menutupi toraks dan abdomennya kelihatan tidak bersegmen. Haiwan ini boleh dilihat dengan mata kasar tetapi struktur badannya hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan mikroskop. Kladosera membiak secara partenogenesis, iaitu secara aseksual pada masa dan keadaan yang sesuai. Kladosera yang digunakan di pusat penetasan untuk mengasuh anak ikan ialah moina dan Daphnia magna. |
endangered botanical species | spesies tumbuhan terancam | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Spesies tumbuhan yang hampir pupus disebabkan oleh faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk mengisytiharkan sumber ramuan herba yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh dari Jabatan Pertanian. |
endangered animal species | spesies hidupan liar terancam | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Spesies hidupan liar yang hampir pupus disebabkan faktor utama seperti kehilangan habitat dan kehilangan variasi genetik. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Dadah (DRGD), pemohon pendaftaran produk ubat bertanggungjawab untuk memastikan formulasi yang mengandungi suatu bahagian atau bahan terbitan daripada spesies hidupan liar perlu mematuhi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Sekiranya bahan tersebut berasal dari sumber tempatan, permit atau lesen khas perlu diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan. |
anadromous fish | ikan anadromi | Sains Marin | Tiada | Ikan yang bermigrasi dari laut ke ekosistem air tawar untuk membiak. Ikan anadromi menetas di kawasan air tawar, tetapi membesar dan menghabiskan usianya di lautan, dan kembali ke habitat air tawar untuk membiak. Contohnya, ikan salmon, sturgeon, bass dan lain-lain. Banding ikan katadromi. |
coral reef | terumbu karang | Sains Marin | Tiada | Satu ekosistem laut yang sangat tinggi kepelbagaian biologi- nya yang dibentuk oleh organisma karang di kawasan laut tropika yang rendah kandungan nutriennya. Organisma karang ialah haiwan di bawah filum Cnidaria yang merupakan polip kecil yang hidup secara koloni dan merembeskan bahan berkapur yang membentuk terumbu tersebut. Terdapat berbagai spesies karang yang menghasilkan rangka yang pelbagai rupa dan bentuk. Ini menjadikan terumbu karang satu ekosistem yang bersifat tiga dimensi, dan menyediakan ruang dan habitat untuk berbagai-bagai spesies hidupan laut untuk tinggal dalam ekosistem tersebut. |