human trafficking | pemerdagangan manusia | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan atau aktiviti eksploitasi manusia yang melanggar hak asasi, bertujuan untuk mengaut keuntungan ekonomi. Tindakan ini melibatkan perekrutan, pengangkutan, pemindahan, penampungan atau penerimaan orang. Langkah-langkah eksploitasi yang dilakukan termasuklah menggunakan ancaman, kekerasan atau bentuk-bentuk paksaan yang lain seperti penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa atau kedudukan. Mangsa juga mungkin dilibatkan atau diperdayakan dengan bentuk pemberian, bayaran atau habuan-habuan lain. Bentuk eksploitasi lain termasuklah eksploitasi seksual, buruh paksa, perhambaan dan penuaian organ. |
shi�r ?l-m?d? | shi�r ?l-m?d? | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang mengandungi unsur pujian. Shi�r ?l-m?d? mempunyai dua bentuk. Bentuk pertama ialah puisi yang dicipta untuk mendapatkan habuan. Contohnya, dalam karya al-Nabighah al-Dhubyani penyair zaman jahiliah berjudul Mu�allaqat. Bentuk kedua ialah puisi yang dicipta secara ikhlas untuk seseorang yang disanjung tanpa mengharapkan sebarang habuan. Bentuk puisi pujian ini agak memberangsangkan pada zaman awal Islam, terutamanya karya Zuhayr ibn Abi Sulma yang menulis puisi pujian secara jujur. Contoh dalam sastera Parsi ialah syair tulisan Rundaki dan �Unsuri yang terdapat dalam Divan. |
love scam | penipuan cinta | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah penipuan yang menggunakan hubungan romantik atau percintaan palsu terhadap mangsa untuk memperoleh kepercayaannya bagi mendapatkan habuan kewangan. |
corruption | rasuah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penyalahgunaan kuasa yang dilakukan untuk tujuan kepentingan diri atau mendapatkan keuntungan, sama ada dalam bentuk kebendaan atau perkhidmatan. Tindakan ini termasuklah perbuatan memberikan habuan berbentuk kebendaan atau perkhidmatan kepada penerima dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
opportunist criminal | penjenayah berpeluang | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Penjenayah yang mendapatkan, mencari atau menggunakan peluang yang ada untuk melakukan jenayah. Lazimnya, penjenayah ini menggunakan situasi yang sesuai untuk mendapatkan habuan jenayah dan tidak membuat sebarang perancangan awal. Sasaran dalam jenayah ini adalah secara rawak bergantung pada peluang yang tersedia. Contohnya, seorang samseng jalanan memecahkan cermin kereta apabila ternampak beg tangan ditinggalkan di dalam kereta. |
corporate corruption | rasuah korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memberi atau menerima rasuah oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, pengurus syarikat yang menerima habuan daripada individu tertentu, bertujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
con approach | pendekatan tipu | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk penipuan apabila pelaku mendekati mangsa secara terbuka dan berpura-pura meminta bantuan atau menunjukkan arah sesuatu tempat. Tujuan pelaku melakukan penipuan adalah untuk mendapatkan habuan daripada mangsa. |
white collar crime | jenayah kolar putih | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang memiliki kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam masyarakat dalam urusan pekerjaan. Motif utama jenayah ini adalah untuk mendapatkan habuan kewangan. Contohnya, rasuah, penipuan perbankan dan pecah amanah. |
police corruption | korupsi polis | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tingkah laku devian, termasuklah perbuatan tidak beretika atau salah laku oleh pegawai dan anggota polis, melibatkan penyalahgunaan kuasa penguatkuasaan untuk tujuan kepentingan diri atau untuk mendapat habuan diri. |
crime opportunity theory | teori peluang jenayah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori yang menerangkan bahawa jenayah akan berlaku apabila muncul peluang kepada penjenayah yang terdorong untuk melakukan jenayah. Ketersediaan peluang menjadi faktor penting yang menentukan sama ada bakal penjenayah akan dapat melakukan jenayah berkaitan. Teori ini juga menerangkan bahawa pelaku membuat pilihan rasional dengan memilih sasaran yang boleh memberikan pulangan atau habuan yang tinggi dengan usaha dan risiko yang rendah. Contohnya, rumah yang tidak berkunci dengan rapi serta kurang kawalan keselamatan memberikan peluang kepada pencuri. |