Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.bu/] | هابوق

Definisi : benda halus kering macam serbuk yg terdapat pd permukaan bumi, pd permukaan objek, atau berterbangan ditiup angin; ~ gergaji zarah-zarah halus kayu yg terhasil semasa kayu digergaji; berhabuk 1. dipenuhi habuk, berdebu: meja tulisnya ~ kerana tidak pernah disapu; 2. bp, ki beria-ia mengatakan itu dan ini (membuat cadangan dsb) tetapi hanya cakap kosong: cakapnya ~ tetapi kerjanya tidak ada satu pun yg nampak hasilnya; 3. bp fasih (bertutur dlm sesuatu bahasa asing); kehabukan dipenuhi habuk, berhabuk, ber­debu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.bu/] | هابوق

Definisi : benda yg halus spt tepung; debu. ~ papan serbuk halus yg terdapat apabila kayu (papan) digergaji. berhabuk ada habuk pd sesuatu; dipenuhi habuk; berdebu: Perabot di dlm rumah tinggal itu semuanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata habuk


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
airborne dusthabuk bawaan udaraKejuruteraanTiadaHabuk yang biasanya kurang daripada 10 mikron dan lambat terenap.
dust screentabir habukKesenianTiadaTabir untuk menghalang habuk daripada memasuki sesuatu ruang atau bahagian.
dust collecting coatingsalutan kumpul habukKesenianTiadaSalutan yang membolehkan habuk melekat padanya dengan mudah.
stone dust barrieradang habuk batuKejuruteraanTiadaBekas yang diisi dengan habuk batu yang diletakkan pada tempat tertentu di dalam laluan lombong bawah tanah, untuk mengawal letupan.
sawdusthabuk papanPertanianAgronomi

 Bahan atau serbuk halus yang dihasilkan apabila papan digergaji dan diproses. Habuk papan digunakan sebagai medium untuk penanaman cendawan atau sungkupan.

dutch ovenketuhar habuk kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetuhar berbentuk kotak dan digunakan untuk membakar habuk gergaji dan sisa kilang papan yang lain.
raker toothgigi penguis habuk gergajiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGigi gergaji yang mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeza daripada gigi pemotong, dan direka bentuk untuk mengeluarkan habuk gergaji daripada ruang gergajian.
disk covertudung cakeraKomputerTiada1. Penutup pada pek cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain. 2. Penutup pada bekas cakera yang melindungi cakera daripada habuk atau ancaman lain.
sandpaperkertas pelasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKepingan kertas tebal yang kuat dan mengandungi habuk kaca pada sebelah permukaannya. Kertas pelas digunakan untuk menghilangkan tanda calar dan melicinkan permukaan kayu. Kertas pelas ini dikelaskan mengikut profil permukaan yang berbeza-beza berdasarkan saiz dan kepadatan habuk kaca. Misalnya, nombor 00 menandakan permukaan paling halus, dan nombor 3 ialah permukaan paling kasar.
sawdusthabuk gergajiFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas