Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada, ada datang (di sekolah, mesyuarat, dll): wakil kami tidak ~ dlm persidangan itu; daftar ~ daftar yg mengandungi nama orang yg hadir (datang); berhadir sl bersedia, menyediakan: segala orang Singapura itu pun sudah ~ dgn segala persembahannya; maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan disuruh ~ senjata; menghadiri hadir di (persidangan, majlis, kursus, dll) menyertai, mengikuti: lebih 100 orang peserta dr negara-negara Asia Teng­gara, Australia, dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tersebut; ~ persidangan Parlimen; menghadirkan 1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hen­daklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan; ~ diri datang menun­jukkan diri; 2. sl menghimpunkan, meng­adakan, menyedia­kan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ ke­leng­kapan perang; tuanku, baiklah per­silakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan;kehadiran perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm per­jumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dir] | حاضير

Definisi : ada di tempat tertentu (di sekolah, mesyuarat dll): Wakil kami tidak ~ dlm mesyuarat itu. menghadiri datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. menghadirkan membuat supaya hadir di sesuatu tempat: Ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli rombongan pd waktu yg ditetapkan. kehadiran perihal berada atau hadir di sesuatu tempat: ~nya telah menyerikan majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadir (kata kerja)
1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,

2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,

Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absent voterpengundi tak hadirSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak menghadirkan diri di tempat pembuangan undi. Keadaan ini juga disebut sebagai pengundi yang tidak kisah politik atau tidak suka politik. Fenomena pengundi tidak hadir ini wujud dalam konteks sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis dan Kanada. Contohnya, setiap kali pilihan raya Presiden Amerika Syarikat diadakan, jumlah pengundi tidak hadir sekitar 43 peratus semenjak 1966. Hal ini berbeza dengan fenomena yang diamalkan di negara sedang membangun yang jumlah pengundi tidak hadir adalah rendah.
no-show percentageperatus tak hadirPelanconganTiadaPeratusan pelanggan yang tidak hadir pada waktu atau tarikh yang ditetapkan atau gagal untuk membatalkan tempahan.
humourhumorKesusasteraanTiadaUnsur kecindan yang hadir dalam sesebuah karya sastera.
carotenekarotenaSains KesihatanTiadaBahan karotenoid yang hadir dalam sayuran dan buah-buahan yang berwarna hijau dan kuning.
foreign matterbendasingHerbaTiadaSebarang bahan yang hadir dalam bahan herba selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut. Bendasing terdiri daripada bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut, tanah, pasir, batu, habuk, kulat, serangga, haiwan dan feses haiwan. Bendasing ditentukan dengan menabur sejumlah berat bahan herba dalam bentuk asal pada permukaan rata. Bendasing dikesan melalui penglihatan kasar atau bantuan kanta pembesar, diasing dan ditimbang. Nilai peratusan bendasing ditentukan daripada ungkapan 100a/b iaitu a ialah berat bendasing dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran ketulenan dan menandakan kehadiran bahan pencemar atau pemalsu. Kebanyakan piawai mengehadkan kandungan bendasing dalam bahan mentah herba kurang daripada 2%w/w. Namun, bahan mentah herba mesti bebas daripada kulat, serangga atau cemaran haiwan. Pemeriksaan mikroskopi digunakan untuk mengesan kehadiran bendasing dalam serbuk bahan mentah herba.
Illusion characterwatak ilusiKesusasteraanTiadaPelaku yang hadir dalam bayangan pengarang. Tetapi watak ini tidak membantu mengembangkan plot cerita.
trace elementsunsur surihSains KesihatanTiadaUnsur yang hadir dalam tubuh kurang daripada 0.01% jumlah berat tubuh.
metagenomemetagenomBioinformatikBioinformatik MolekulSemua bahan genetik yang hadir di dalam sampel persekitaran semula jadi, yang terdiri daripada genom pelbagai jenis organisma.
abutting consonantskonsonan bersebelahanSains KesihatanTiadaBunyi konsonen yang hadir bersebelahan, tetapi pada suku kata yang berlainan, seperti pada perkataan teksi, pasta, dan taktik.
tensionketeganganKesusasteraanTiadaKonflik yang terhasil apabila perkara yang bertentangan hadir secara serentak, diseimbangkan dan dimanfaatkan secara harmonis dalam karya sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Pertentangan ini berlaku pada semua genre sastera. Contohnya persoalan konkrit dan abstrak, umum dan khusus, berirama dan tidak berirama, serta tersurat dan tersirat. Istilah ini digunakan oleh penulis Amerika, Allen Tate dalam tulisannya �Tension In Poetry� dalam buku bertajuk On The Limits of Poetry. Karya ini merupakan karya yang disenangi oleh golongan pengkritik.
123

Kembali ke atas