Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metagenomemetagenomBioinformatikBioinformatik MolekulSemua bahan genetik yang hadir di dalam sampel persekitaran semula jadi, yang terdiri daripada genom pelbagai jenis organisma.
alkalimetryalkalimetriKimiaKimia AnalisisTeknik pengukuran kuantiti bes atau alkali yang hadir di dalam sesuatu larutan melalui kaedah titratan atau kaedah analisis yang lain.
gothic romancenovel gotikKesusasteraanTiadaNovel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik.
absent voterpengundi tak hadirSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak menghadirkan diri di tempat pembuangan undi. Keadaan ini juga disebut sebagai pengundi yang tidak kisah politik atau tidak suka politik. Fenomena pengundi tidak hadir ini wujud dalam konteks sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis dan Kanada. Contohnya, setiap kali pilihan raya Presiden Amerika Syarikat diadakan, jumlah pengundi tidak hadir sekitar 43 peratus semenjak 1966. Hal ini berbeza dengan fenomena yang diamalkan di negara sedang membangun yang jumlah pengundi tidak hadir adalah rendah.
virtual runlarian mayaSukanTiadaAcara larian yang dilakukan oleh peserta di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu hadir ke lokasi penganjur. Peserta hendaklah merekodkan larian yang telah dilakukan dalam aplikasi yang ditetapkan.
transcendantalismtransendentalismeKesusasteraanTiadaPergerakan falsafah dan sastera idealis yang bermula di bawah pengaruh pergerakan Romantik Jerman dan Inggeris. Transendentalisme ini memerikan suasana pemikiran dan rasa hati manusia berdasarkan prinsip pengetahuan intuitif ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804), dan seperti yang diungkapkan oleh goethe, Carlyle, dan Coleridge. Gerakan ini menekankan dimensi rohani dan mistik pada diri manusia serta kewujudan dimensi alam yang melewati alam pancaindera. Secara lebih khusus, golongan transendentalis merupakan reformis sosial, penulis dan pemikir Amerika pada awal abad ke-19. Golongan ini bersama-sama membangunkan falsafah yang bersifat tidak konformis (non-conformist) dan individualistik, dengan menolak agama berstruktur atau formal. Mereka meraikan unsur ketuhanan dalam diri setiap manusia, dengan mempercayai bahawa kesedaran dalaman atau rohani manusia adalah bersifat ketuhanan. Persis kaum panteis, bagi mereka tuhan hadir secara pasti (imminent) dalam alam dan diri manusia. Jiwa hadir dalam segala benda, dan deria fizikal harus diatasi menerusi kebenaran intuisi seseorang. Penulis utama golongan transendentalis ialah Ralph Waldo Emerson yang menulis esei bertajuk Nature. Beliau mengetengahkan fenomena semula jadi sebagai simbol kebenaran kerohanian yang lebih tinggi. Selain itu, esei Henry David Thoreau yang bertajuk The Transcendentalist (1842) merupakan esei yang bersifat autobiografi, menentang materialisme moden. Pada dasarnya, transendentalisme merupakan pergerakan agama pemikiran, kursusnya yang berkait dengan epistemologi dan amalan kehidupan seni dan budaya. Kaedah mentafsir alam secara simbolik bagi golongan transendentalis mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap kesusasteraan semasa Amerika, terutamanya dalam karya pengarang seperti Nathaniel Hawthorne, Herman Melville, dan Walt Whitman. Transendentalisme dalam bahasa Latin bermaksud �memanjat� atau �melintasi�.
synchronous learningpembelajaran segerakTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang melibatkan semua pelajar dan guru hadir dan berinteraksi pada masa nyata, tetapi tidak semestinya pada lokasi yang sama. Kemudahan seperti sidang video atau telesidang digunakan jika pelajar dan guru berada di lokasi yang berbeza. Banding pembelajaran tak segerak.
apostrophealih seruKesusasteraanTiadaFrasa atau ucapan puitis oleh satu watak yang ditujukan kepada satu subjek yang tidak hadir dalam karya umpamanya seseorang yang telah mati, objek, atau idea abstrak. Contoh: (lagu kanak2) Oh! Bulan mana bintang Di atas pucuk kayu ara Oh! Tuan mana hilang Dalam dapur atas para
adulterantbahan pemalsuHerbaTiadaSebarang bahan kimia atau bendasing yang hadir dalam bahan mentah atau sediaan herba sama ada secara sengaja atau tidak yang dilakukan manusia. Terdapat pelbagai jenis bahan pemalsu, iaitu unsur tanah, bahagian atau spesies tumbuhan selain daripada yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia, ubat sintetik dan sebagainya. Kehadiran bahan-bahan ini merendahkan nilai kualiti bahan mentah atau sediaan herba. Penggunaan bahan pemalsu dalam sediaan herba adalah salah di sisi undang-undang. Contohnya, sediaan herba afrodisiak ditambahkan bahan pemalsu ubat sintetik sildenafil.
anti-novelantinovelKesusasteraanTiadaFiksyen moden eksperimental yang sengaja mengetepikan atau menolak elemen penting dalam novel tradisional. Antara elemen tersebut ialah plot, perwatakan dan rentetan naratif yang teratur. Antara ciri utama fiksyen antinovel ialah ketiadaan plot yang ketara, perkembangan watak yang minimum, urutan masa yang pelbagai, dan kekerapan bereksperimen dengan kosa kata dan sintaksis. Penulis moden yang menghasilkan antinovel ialah Virginia Woolf dalam The Waves, James Joyce dalam Ulysses dan Albert Camus dalam The Outsider. Walau bagaimanapun, beberapa ciri antinovel hadir dalam karya Lawrence Sterne bertajuk Tristam Shandy yang ditulis pada abad ke -18. Di Malaysia, pengarang seperti A. Samad Said menggunakan unsur antinovel dalam novelnya Daerah Zeni dan Hujan Pagi. Lihat juga aliran kesedaran.

Kembali ke atas